Ini adalah sambungan daripada kisah persediaan menyambut adik. Part 1 adalah kat SINI.
Pada hari yang sama Mama mengumpul, membasuh dan menyimpan storage bottles adik tu, Mama juga dah basuh pakaian adik. Mana yang perlu dinila, dah siap2 dinilakan. Apa yang dinila itu adalah kain lampin dan pakaian2 abang yang berwarna putih.
Kain lampin Mama tak beli tambah pun sebab rasanya yang abang punya masih berkeadaan elok. Lagipun bukannya nak pakai lama sangat pun. Habis pantang rasanya dah tak guna dah.
Nak buat bedung pun dah tak muat. Bedung kena pakai kain lain yang lebih besar. Biasanya kain pelekat yang memang dah siap2 dijadikan kain bedung. Nenek punya dan Nenek bagi untuk bedung Iman masa kecik2 dulu.
pakaian adik dah kering
sedia untuk dilipat dan disimpan
Rasanya gambar di atas adalah sebahagian besar pakaian adik. Eh, ke semua pakaian adik ada di sini ye? Yang pastinya memang inilah pakaian yang akan Mama bawa ke rumah Tok Mama.
Ketika entri ini ditulis, semua pakaian ini dah siap2 dilipat dan disimpan dalam storage box untuk dibawa ke rumah Tok Mama nanti. Buat masa ni rasanya masih terlalu awal nak bawa sebab kot2 nanti nak masukkan apa2 barang atau pakaian lagi.
Gambar di atas adalah baju, lampin dan selimut sahaja. Sarung tangan dan kaki Mama jemur di penyidai payung kecil dan terlupa nak snap gambarnya. Begitu juga dengan sarung tilam dan bantal adik yang masih belum kering sepenuhnya sebab tebal. Hahaha... Ini kes dah penat punya pasal la ni. Ambil gambar asal ada jela ye... ;)
Ada juga sepasang dua adalah baju abang. Mama basuh sekaligus je. Hari itu Mama sidai pakaian 2 trip. Trip pertama adalah pakaian adik dan abang. Trip kedua baru la nak sidai pakaian Mama dan Ayah. Ini adalah kerana ampaian tak muat. Hehe.. Alhamdulillah cuaca panas nak semua pakaian sempat kering.
Pasni Mama cerita pasal persiapan lain pula ya. Sebenarnya boleh dikatakan 90% dah sedia, cuma mungkin ada sikit2 je lagi nak susun semula elok2. Sekarang ni apa saja yang nak dibawa atau nak digunakan masa berpantang Mama letak je dalam stor dulu bersama setimbun barang2 lain yang dah siap packing.
Nanti tunggu satu waktu pulak Mama nak susun elok2 balik dan finalize barang apa nak dibawa. Setakat ni yang dah dibawa adalah set tilam kekabu dan toto kecik, breast pump, storage bottle, nursing pillow. Nursing pillow ni Mama cadang nak bawa masa ke hospital nanti. Sebab pengalaman lalu, bantal hospital adalah keras dan tebal sangat.
Dah la sakit luka, sakit nak memanjat katil tinggi, bantal lak tak syok. Sebab itulah kali ini Mama nak bawa nursing pillow. Dulu Mama bawa juga bantal tapi nipis je bantalnya. Tak best jugak sebab tujuan asal bawa bantal nipis tu nak sendal2 badan je, bukannya nak jadikan bantal tidur.
Pengalaman adalah guru terbaik. Semoga kali ini Mama lebih bersedia mental dan fizikal untuk menyambut kehadiran orang baru dalam hidup Mama...
Pasni Mama akan snap barang2 yang dah sedia saja ye... ;)
bersambung...
0 comments:
Post a Comment