♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, May 12, 2011

Pandai Ke Pakai Tu?

Sekali terjumpa gambar ini tersorok dalam folder la. Sebenarnya gambar ni sengaja Mama snap nak cerita pasal pertama kali pakai tudung jenis butterfly. Walaupun pada mulanya tak reti dan terkial2, pas dah siap nampak cam ok la plak kan.

Masa ni sebelum gi kerja. Pagi. Sempat lagi bergaya dengan tudung butterfly. Hehe.. Tapi sebenarnya Mama tak pakai pun tudung ni ke sekolah pada hari itu. Mama pakai tudung yang biasa Mama pakai. Ni saja2 test je... ;)


Bila mengandung ni, tahap kepanasan memang meningkat. Orang sejuk Mama panas. Kalau cam sekarang ni musim panas, orang panas Mama adalah panas panas panas yang melampau2 taktau nak citer camne.

Tidur dalam bilik adalah tak boleh langsung sebab bahangnya membara. Oleh sebab itu, pemilihan pemakaian tudung juga turut bergantung kepada keadaan Mama sekarang. Ada la Mama beli 2,3 helai tudung jenis butterfly ni. Tengok orang pakai cantik dan kemas. Mama pakai taktau la camne kan.

Pakai la 2,3 kali je tapi tak tahan sebab rasa panas sangat. Mama rasa mungkin sebab Mama mengandung. Oleh sebab itu sementara ada orang dalam perut ni, Mama pakai jela tudung yang biasa tu je. Senang pun senang nak pakai. Main sarung je kan. Nanti pas bersalin baru pakai pulak yang jenis butterfly tu. Kalau tak pakai takkan nak gantung je kat belakang pintu bilik tu kan.

Aduh..melihatkan gambar ini, dan membandingkan saiz diri sekarang di cermin, sangatlah berbezanya. Terasa sangatlah gumuknya diri ini. Ni yang buat semangat semakin membara nak menurunkan berat badan masa dalam pantang ni. Masa gambar ni diambil Mama dah mengandungkan adik dah tapi masih di awal2 kehamilan. Perut pun tak nampak lagi. Badan pun belum berisi sangat lagi.

Moga Allah memberi kekuatan dan keazaman yang tinggi kat Mama untuk menjayakan misi peribadi ini. Ayah cakap kalau Mama berjaya menguruskan badan hadiahnya adalah percutian ke Langkawi. Yeay!...


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥