♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, May 11, 2011

Sauna Pant Vibro

Oleh kerana semangat berkobar2 nak menguruskan badan semasa dalam pantang nanti (insya-Allah...moga diberi kekuatan dan ketabahan serta keazaman yang tinggi), Mama berniat nak beli sauna. Kan ada Mama cerita dulu kan.


Tapi memikirkan anak teruna Mama yang seorang itu (mungkin akan menjadi 2 orang), maka kemungkinan sauna itu akan kadi 'gajah putih' adalah tinggi. Yela, mungkin Mama hanya boleh guna bila dua2 dah tidur. Atau mungkin masa Ayah ada di rumah sahaja. Tapi bila si kecik nak menyusu Ayah ada pun tak boleh tolong jugak.


Pastu fikir pulak nanti Mama duk dalam sauna, anak2 sibuk memanjatnya. Aduh, banyak memikirkan perkara2 negatif, maka Mama decide beli sauna pant sahaja.


Sauna pant ni macam seluar. Pakai je macam seluar tu pastu plug in dan tunggu jela ianya memanas dan membakar lemak serta kalori dalam badan kita ni. Ada dua jenis.


1) sauna pant
2) sauna vibro pant


Sauna pant ni hanya memanaskan sahaja. Sauna vibro pant ni ada fungi vibro atau getaran ala2 urutan gitu. Saja Mama memilih yang ada vibro. Kot2 syok sket ada getar2 kan. Hehe..


model lama warna putih
Mama beli model baru warna hitam


Oleh kerana Mama sedang mengandung dan membelinya hanya sebagai persediaan untuk digunakan ketika di dalam pantang nanti, maka testimoni Mama adalah Ayah. Ayah pun sporting mencubanya.


Mungkin nak bakar lemak dan kalorinya juga. Hari2 Ayah pakai tanpa miss. Setiap kali Ayah pakai tu la Mama dan Iman anak beranak macam duduk dalam oven. Haha.. Mana taknya, kalau nak pakai tu mesti la kena off kipas kan. Dah la sekarang ni musim panas. Mana tak dalam oven rasanya. Peluh menitik2 mengalahkan orang yang bersauna. Hehe.. Mak buyung la katakan kan... Iman relek aje walaupun panas. Tetap aktif seperti biasa...


Mula2 pakai rasanya takde apa2 perubahan sangat. Yela, takkanlah drastik camtu lemak habis kan. Lain la kalau buat rawatan sedut lemak. Tapi dah seminggu pakai, kata Ayah asyik nak membuang je. Maknanya sauna tu buat kita jadi lawas. Kata Ayah memang tak boleh tahan bila rasa nak membuang tu.


Baguslah tu. Kalau konsisten pakai dalam masa sebulan dua ni, insya-Allah boleh turun berat badan kan. Ni yang lagi teruja nak mencuba ni.


Harganya memang mampu milik. Mama beli daripada Kak Darna. Kalau berminat bolehlah jenguk2 blog beliau ye.


http://saunamilikmu.blogspot.com/


Kat sini Mama bagi harga sauna pant sahaja. Kalau nak tengok harga2 sauna tu boleh jenguk2 blog beliau ok...


1) sauna pant = RM150
2) sauna vinro pant = RM250


Ini adalah antara faedah menggunakan sauna :



Kebaikan Sauna Pant:
Kecantikan
  • Mencantikkan kulit
  • Mengempiskan perut yang  buncit
  • Dapat menjadikan tubuh lebih kemas dan membentuk semula pinggul secara semulajadi
Selepas Bersalin
  • Mengecutkan perut, rahim dan paha
  • Menyembuhkan luka-luka dalaman serta menjadikan ibu lebih cergas dan bertenaga

Pelangsingan Badan
  • Membakar lemak sehingga 600 kalori
  • Mencairkan selulit dari luar sama seperti berjoging sejauh 5 kilometer
  • Berkesan untuk menguruskan badan
  • Bertungku secara moden (elektronik)
Kesihatan
  • Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi dan sengal-sengal tulang
  • Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
  • Meningkatkan sistem kardiovaskular dan imunisasi badan
  • Menghilangkan toksin dalam badan seperti aluminium, cadmium, mercury dan lead
  • Meningkatkan tahap metabolisme dan melancarkan pengaliran darah
  • Memecahkan lemak yang berlebihan, mengurangkan penyakit jantung, strok dan darah tinggi serta anti penuaan

Ok, jom sama2 kita kuruskan badan... ;)


Nota Mama : Info dan pic kredit to blog Kak Darna


Yang Ini Pun Best



5 comments:

Tina Othman said... [Reply to comment]

wahhhhh menariknya...klu boleh kurus saya sangat2 berminat hehehe

Farah Shamsudin said... [Reply to comment]

memang tau boleh kuruskan badan..memang berminat.. tunggu masa je nak beli dari Darna nii..nak mintak permission En Hubby dulu..:)

Adyshariz said... [Reply to comment]

mmg menarik..rasa mcm nk beli gak laa..pungung pon dh montel skrg..hehe

mamaiman said... [Reply to comment]

tina othman : insya-Allah boleh kalau konsisten pakai dan jaga diet seharian... ;)

farah shamsudin : saya beli dulu baru bgtau.. hehe.. tp suami yg cuba dulu sebab tgh preggy kan..

adyshariz : tu la.. tang bontot tu yg payah nak kecilkan tu.. hrp2 boleh la dgn sauna pant ni.. ;)

Anonymous said... [Reply to comment]

mama, mcm maner nak gune sauna vibro pant tu..tk pandai la..huhu..da beli, tp xtau gune...adoii...

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥