Malam ni ada la sedikit masa untuk dicuri guna nak update blog. Macam nak bersawang dah blog Mama. Namun percayalah, Mama bukak blog Mama ni setiap hari. Nak update saja tak berkesempatan walaupun ada banyak benda nak share.
Alhamdulillah.. Pada hari ke-33 usia Bunyamin, akhirnya jaundis Bunyamin turun juga. Bacaan sb turun 9.1 mg dan membuat Mama dan seluruh keluarga berasa lega dan gembira. Mama pun baru mula berubat betul2 bila jaundis Bunyamin dah turun. Baru nak start pakai bengkung herba, ambil set lengkap Shaklee (sebelum ni hanya ambil vitamin C sahaja untuk lancarkan penghadaman Bunyamin supaya kerap buang air bagi menurunkan kadar bilirubinnya) dan kerapkan mengepam untuk buat stok ebm.
Pasal sesi mengepam Mama tu nanti Mama update dalam entri lain. Kat entri ini Mama hanya nak cerita tentang jaundis Bunyamin je dulu. Mama nak share tentang petua2 menurunkan jaundis.
Peringatan penting : Petua2 ini adalah alternatif sahaja. Ubat paling mujarab untuk jaundis adalah SUSU IBU. Mama memang kerapkan menyusu sejam atau dua jam sekali dalam usaha menurunkan kadar bilirubin dalam darah Bunyamin.
susu ibu terbaik buat si manja
idak le nak letak gambo sendiri kan ;)
Masa Iman dulu, antara petua yang serasi dengan Iman ialah air halwa kundur. Diberi kepada Iman pada waktu tengahari yang panas sahaja sebab sejuk. Biasanya lepas bagi air halwa tu kat Iman, mesti Iman kembung perut pada sebelah malamnya. Iman memang kuat kembung perut masa dia kecik2 dulu. Gonyoh2 mata la Mamanya bangun melayan kembung perutnya itu. Pengalaman... pengalaman...
Walaupun begitu, air halwa kundur sangat serasi dengan Iman. Minum sekali saja, bacaan sb daripada 13 mg turun mendadak kepada 8 mg. Alhamdulillah... ;)
Masa Bunyamin ni, nampaknya air halwa kundur tak begitu serasi dengannya. Oleh sebab itu, terpaksa la cari alternatif lain. Antara petua yang Mama lakukan adalah :
1) Setiap pagi Tok Abah akan blend kucai dan mandikan Bunyamin dengan air kucai. Mula2 mandikan Bunyamin dengan air suam macam biasa dulu, last sekali baru siram air kucai tu. Pastu jangan bilas lagi dah. Lap je terus dengan tuala lama. Tuala baru kang sayang lak terkena hijau2 kucai tu kan. Ada juga Ayah dapat petua blend sekali seulas bawang putih bersama kucai tadi.
kucai
2) Bagi minum air halwa kundur. Caranya mula2 basuh dulu halwa kundur tu bagi hilang gula yang menyelaputinya. Pastu rendam dalam air panas dalam 2-3 ketul. Dah suam2 kuku tu bagi baby minum. Biasanya Bunyamin minum 1 oz je sehari.
halwa kundur
3) Tok Abah dapat petua daripada kawannya, ada ubat homeopathy untuk jaundis. Lepas je Bunyamin keluar wad untuk kali kedua tu, petang tu jugak Tok Mama dan Tok Abah keluar belikan ubat homeopathy untuk Bunyamin. Ada 2 botol jenis cecair. Sekali minum kena minum dua2 jenis tu. Mama tak sampai hati nak bagi Bunyamin minum ubat tu sebab setiap kali Bunyamin minum dia akan terbatuk2 kuat, adakalanya muntahkan balik. Tapi nak buat camne, nak sihat kena la bagi jugak.. :(
4) Lumurkan kunyit hidup yang dah ditumbuk dan dicampurkan dengan bedak sejuk pada sekuruh badan Bunyamin. Tanpa pakaian, sila la berjemur di bawah matahari. Tapi harus diingat bukanlah matahari terik tu ye. Matahari pagi dalam kul 7.30-8.30 camtu. Mama buat 3 kali pagi. Rawatan cara ni pun meruntun hati Mama sebab kesian sangat tengok Bunyamin tanpa pakaian pagi2 sejuk2 tu. Terketar2 Bunyamin. Tapi balut jugak la sikit dengan kain pelekat lama tutup kakinya.
Bunyamin yang dah siap dilumur kunyit campur bedak sejuk seluruh tubuhnya
sedang dijemur bawah matahari pagi yang masih malu2 nak menonjolkan diri ;)
diriba Ummi
Bunyamin selepas dijemur, mandi dan dah menyusu
Rasanya itu sahaja petua2 yang kami amalkan dalam usaha menurunkan jaundis Bunyamin. Taktau mana yang serasi dengannya. Mungkin jugak kunyit tu sebab 3 cara sebelum kunyit tu tak banyak menurunkan jaundisnya, cuma tidaklah naik tinggi.
Apa2 pun, syukur padaMu yan Rabbi kerana akhirnya jaundis Bunyamin turun juga. Terima kasih buat seluruh keluarga yang banyak membantu... ;)
2 comments:
kest bunyamin sama mcm kes danish..ms checkup sebulan tu danish still ada jaundis lagi..nsb lar jaundis nyer xtinggi takot gak lau kena tahan wad sbb ms danish br lahir 2 kali masuk wad..jaundis yg terlalu tinggi danish hampir kena tukar darah..
serious rasa sgt risau sbb selama sebulan lar alynn x lena tido even mlm pun kunci selang sejam ke 2 jam utk bgn n paksa danish menyusu bdn..pastu tido dlm keadaan lamppu terbuka krn bby yg jaundis kena dok tempat terang..adoiaii..bermacam2 cara dah cuba..at last alynn dapat conclusion danish kuning disebabkan susu ibu..so still teruskan penyusuan ibu n jaundis akan turun sedikit demi sedikit..
betul tu alynn.. bila anak kita jaundis mmg susah hati.. selagi x turun selagi tu la risau.. masa iman dulu malam2 saya kunci jam dan pesan pd hubby suh kejutkan setiap 2 jam utk susukan dia..
masa bunyamin ni mungkin sbb dah biasa x tido malam, saya mmg x berapa lena tido sbb nak susukan dia.. x kunci jam pun tp mmg akn bgn susukan dia..kdg2 sejam sekali sebab nak pastikan jaundisnya turun..
susu ibu je penawar jaundis sebenarnya.. w/pun jaundis kdg2 disebabkan oleh susu ibu, tp saya tetap teruskan penyusuan..
Post a Comment