Ada seorang sahabat Mama yang sedang mengandung anak sulong bertanya mana lebih jimat ruang, simpan ebm dalam botol atau guna liner/plastik penyimpanan susu?
Jawapan Mama, kalau ikutkan Mama suka guna botol sebab nampak cantik berwarna warni dan nampak menarik bila disusun banyak2. Yela, masa zaman menyusukan Abang Iman dulu stok ebm Mama tak pernah lebih dari 20 botol pun. So bila berkesempatan memiliki ebm banyak2 di masa penyusuan bersama Bunyamin ni, rasa teruja dan bersemangat menggunakan botol sebab nampak comel2 je tersusun dalam freezer..
Namun begitu, menjawab persoalan sahabat Mama tadi, kalau nak jimat ruang tentulah menggunakan liner. Tapi ada caranya. Kalau simpan ikat guna getah rasanya lebih kurang guna botol juga kot.
So hari ni Mama nak share dengan ibu2 bagaimana cara Mama menjimatkan ruang freezer dengan menggunakan liner. Moga dapat dijadikan panduan.
Mula2 kena la ada stok susu perahan yang dah disejukkan. Masih cair, belum beku lagi. Macam contoh Mama tunjuk kat bawah ni adalah susu perahan selama 2 hari. Biasanya Mama akan transfer ke dalam liner pada sebelah malamnya tapi hari tu sibuk sangat terpaksa postpone dan transfer sekaligus pada hari berikutnya.
susu perahan @ ebm
Bahan2 yang Mama gunakan untuk projek transfer ebm ke dalam liner ini adalah seperti berikut :
1) Masking tape
2) Marker pen
3) Gunting
4) of course la Liner
5) plastic sealer
Ok, mula2 Mama akan transfer ebm ke dalam botol medela untuk seragamkan ukuran oz untuk setiap stok ebm beku Mama. Sejak mula mengumpul stok lagi Mama gunakan ukuran botol medela. Ini kerana Mama dapati ukuran oz adalah tak seragam antara satu jenama dengan jenama yang lain. Mungkin lari2 sikit ukurannya.
ebm yang dah transfer ke dalam botol medela (kiri sekali)
Kemudian letakkan liner tu kat mulut botol tu macam dalam gambar di bawah. Pastikan ada sedikit ruang udara di antara liner dengan botol untuk memastikan susu dapat masuk dengan lancar.
Pastu terbalikkan cepat2 botol tu. Pastikan jari anda pegang kuat2 kat mulut liner kat botol tu. Kang terlepas lak kang nanges la ko di situ bila susu tumpah. Eii..nauzubillah.. Nak dapat 3 oz tu pun bukannya mudah. Mau bersengkang mata jugak mengepam tu..
Bila susu dah masuk dalam liner, picit2 sikit bahagian atas liner untuk keluarkan angin. Jangan bagi dia mengelembung sangat. Kata nak jimat ruang kan.
Dah rasa2 cam leper, seal la bahagian atas liner tu menggunakan plastic sealer. Beli je kat kedai hardware. Ayah belikan untuk Mama sealer ni dengan harga RM49.90. Kawan2 kat KIM ada yang beli lagi murah dari ini. Jenis yang sama tapi lebih murah. Pepandai la survey kan. Memang berbaloi2 beli ni. Sekali beli je leh pakai banyak kali. Lagipun senang je nak gunakannya.
Masa nak seal tu, pastikan tahap kepanasan dia rendah untuk elakkan ianya jadi tertarik2 atau mungkin boleh berlubang sebab liner ni biasanya tak tebal sangat (kalau yang jenis takde zip lock la). Kalau yang dah siap2 ada zip lock tu, biasanya liner dia lebih tebal. Tak perlu nak seal guna menda alah ni lagi dah sebab dah ada zip lock dia sendiri kan. Ni nak jimat katanya kan... Beli je liner yang murah2 then seal sendiri. Lagi jimat.. Jimat duit dan jimat ruang.. Setakat ni liner paling murah adalah daripada brand You Have A Baby. Lebih kurang RM29.90 untuk 100 keping.
Pastu siap la projek menjimatkan ruang freezer kan. Masa nak bekukan tu letak dalam keadaan baring. Kalau boleh letak dalam bekas eserem ke tupperware ke, untuk bagi rata.
Ops.. lupa lak nak cite ye. Masking tape tu anda tampal siap2 sebelum transfer ebm. Kalau ikut cara Mama, Mama akan tampal 2 bahagian. 1 kat kepala liner dan 1 lagi kat badan dia. Kat bahagian kepala tu Mama akan tulis nombor ikut turutan. Contohnya sekarang stok Mama dalam freezer dah ada 106 bekas. So yang baru ni sambung la dengan 107 lak. Ini untuk memudahkan Mama masa nak guna nanti. Takde la tertonggek2 di sana menelek2 tarikh dan masa kan. Hua hua..
Pastu ulang2 la langkah yang sama sampai habis semua ebm yang nak dibekukan tu masuk dalam liner. Dah tu letak tindih2 gini untuk jimat ruang freezer. Ni semua citer nak jimat sesaja ok. Hua hua..
Ada yang cakap kalau tindih2 gini lambat beku. Tapi bagi Mama takpe la lambat pun sebab bukan nak guna lagi kan. Lagipun Mama simpan dalam deep freezer dengan suhu -18 C, so insya-Allah proses pembekuannya akan lebih cepat.
tindih2 cenggini nak jimat ruang
Pastu bila dah siap, bolehlah disimpan dalam freezer masing2. Ni contoh Mama simpan dalam freezer Mama. Ada 2 bekas eserem so Mama tindih2 la bekas2 tu.
simpan dalam freezer untuk proses pembekuan
Kat bawah ni pulak contoh Mama punya ebm yang dah beku. Bila dah beku sila susun dalam keadaan menegak begini untuk menjimatkan ruang. Ebm Mama ni belum disusun ikut turutan nombor lagi. Mama hanya sempat asing yang di dalam botol sahaja dulu. Maklum sajalah nak buat projek yang sensitif gini kena cari masa 'sesuai' iaitu masa anak2 tido. Masa anak2 tido biasanya adalah masa untuk Mama tido sama. So camne? Hehe..
susun elok2 dalam keadaan menegak
Ok, itulah cara Mama menjimatkan ruang freezer Mama. Bayangkan ebm2 tu semua disimpan dalam botol, rasanya dah separuh freezer tu penuh dengan botol sahaja kot. Sebab tu sebahagian ebm Mama simpan dalam botol, sebahagian lagi disimpan dalam liner.
Macam sekarang ni stok ebm beku memang belum mula rotate sebab Mama belum mula kerja, so botol2 semua masih penuh dengan ebm la. Mama plan nak guna liner dulu, dah habis liner baru la nak guna botol semula. Lagipun guna liner tak payah basuh2 botol dah (dasar pemalashh..).
Ok, selamat mencuba.. ;)
9 comments:
salam mama iman, saya nk mintak pinjam gambar susu perahan yg ada tulis sesi tu utk dimasukkan dalam blog penyusuan saya boleh? sebagai panduan utk bekalkan susu kepada taska/nursery. saya akan kreditkn gambar pada link blog pemilik. terima kasih in advance.harap2 mama iman tak keberatan :)
ouh....ini plastic sealer nya.. ok2..nnt boleh g cari..
TQ ye sis!
sis lydzar.. silakan sis..
memang utk dikongsi.. ;)
mama Imaan09..
cari jgn x cari ye..
hihi..
Thanks for the tips mama iman.br duk geledah blog akak.sy duk simpan ebm dlm bottle.hmpir penuh plus botol pn xbyk.xde deep freezer.tqqqq..blh cuba bg nipis2
kak, nk tanye.. kalo breastmilk storage bottle yg free BPA tu boleh pakai brape lame..sy dh simpan dlm almari botol2 tu dkt 2 tahun.. ni baru nk kuarkan balik sbb 2nd baby nk kuar..tp selamat ke untuk guna semula?
bila masa pam Susu blh dpt byk cmni?
Plastik liner tu mane beli?
woow...tak pernah terfikir buat camtu...dahla plastik tu murah kan..mmg jimat giler la..
Masa mula2 pam saya simpan dalm bekas kecik macam bekas dadih tu..muat la dlam 2.5-3oz..tapi bila tengok freezer makin lame makin penuh, saya decide utk tukar pakai storage bag plastik yang Autumnz tu..jimat ruang sikit..Alhamdulillah..walaupun susu badan saya bukan dalam kategori melimpah ruah, berkat selalu mengepam, freezer kat rumah penuh jugak..ade 2bln lebih lagi mase utk kumpul stok sebelum mula kerja balik..saya ambil cuti bersalin 3 bulan + sebulan cuti tanpa gaji..saya pun tengah survey deep freezer nie..harapnya dapat membantu menjayakan isi penyusuan sus ibu sehingga 2 tahun:)
Plastic tu beli Mana ye
Post a Comment