Setelah 2 hari bertugas, Mama mula dapat baca sket2 rentak harian sebelum gi kerja. Apa yang WAJIB dilakukan pada waktu pagi adalah :
- mengepam
- mandi
- solat Subuh
- masukkan ice pack serta ebm untuk Bunyamin dalam cooler bag
- masukkan corong pam dan storage bottle dlm beg pam
- bancuh milo + esp (kalo sempat minum terus kalo x sempat bawa minum di sekolah)
- menyusukan Bunyamin
- tukar pampers abang dan adik
- buat susu abang
- masukkan barang dalam kereta
- masukkan anak2 dalam kereta
Hari pertama bertugas semula bangun jam 5.00 pagi, mengepam sambil baca post2 kat KIM (kumpulan ibu menyusu) yang banyak info dan pengalaman best2 ibu2 menyusu. Selesai pam, mandi jam 6.30 pagi. Tok tek tok tek buat itu buat ini last2 kuar jam 7.00 lebih2 sket. Ah, takleh jadi, nanti kena mandi awal sket.
Hari kedua bangun jam 6.00 lebih. *pitam. Kata nak mandi awal sket kan. Ini disebabkan kami sekeluarga tidur rumah Tok Abah. Mama sebenarnya kurang suka tidur tempat lain bila esoknya kerja. Mama prefer rumah sendiri sebab selesa dan dah biasa dengan rutin seharian kan. Kalau hari cuti takpe la. Tapi nak buat camne, Sabtu kami memang tidur di rumah Tok Abah, Ahad tu Ayah demam dan Mama risau nak tinggalkan Ayah sorang2 di rumah pada hari Isnin so kami tidur saja di rumah Tok Abah dan Mama kena pergi kerja dari rumah Tok Abah la. So rutin lari. Hihi.. So cubaan untuk mencari rutin paling sesuai setelah kembali bertugas ni tak berjalan lancar pada hari kedua ni.
Ok, ni baru nak cerita rutin untuk hari ketiga bertugas semula. Eh, tadi muqadimah je. Huhu.. Taklah, tadi pendahuluan. Ni baru nak masuk isi. Hua hua.. apakah?..
Hari ketiga Mama bangun jam 5.00 pagi, mengepam lagi sambil KIM@fb lagi. Hari ni nak try mandi jam 6.15 pagi tapi terbabas sampai 6.25 pagi sebab ralit update blog yang dah lama bersawang. Hihi. Rindu nak update cerita yang banyak itu, so terbabas. Akibatnya takleh jugak nak kuar jam 7.00 pagi. Buat itu ini last2 kul 7.10 baru leh gerak. So esok kena bangun kul 5.00 dan mandi kul 6.00 pagi. Try tengok camne.. ;)
Hari nie berjaya mengepam 3 sesi. Dapat lebih kurang 13 oz. Alhamdulillah. Balik sekolah masa ambil anak2 tanya Opah ebm cukup tak, Opah cakap habis 3 botol saja. Maknanya hari ni pun habis 9 oz seperti semalam jugak. Lebih 2 botol lagi simpan dalam peti ais rumah Opah untuk kegunaan esok hari.
Guna 9 oz, ganti 13 oz.. Oh, rezeki sungguh.. Alhamdulillah syukur.. Tu belum campur hasil perahan lewat malam tadi dan subuh tadi. Bila dicampur kesemuanya Mama berjaya kumpul lebih kurang 21 oz arini. Rekod terbaik Mama. Syukur dan gembira tak terhingga... Senyum sampai telinga.. ;)
inilah hasil perahan hari ini
lebih kurang 21 oz
1 comments:
tahniah..teruskan usaha BF
Post a Comment