Mama perasan kalau dalam sehari Mama kurang minum air, badan rasa macam 'kering'. Walau bagaimanapun pengeluaran susu masih seperti biasa. Setakat hari ini Mama belum pernah miss minum air yang banyak. Kalau ada pun virus M (malas) tu, ada la dalam sehari je kot yang Mama tak banyak minum. Biasanya memang Mama minum baaaaaanyak air terutamanya bila hari kerja.
Nampak macam susahnya nak habiskan 3 liter air kan. Tapi sebenarnya takdelah susah mana pun. Cara Mama adalah Mama masukkan air dalam bekas yang ada indicator (penyukat). Biasanya Mama akan masukkan dalam bekas tupperware tu.
2 botol air ni bersamaan 2 liter
Di penghujung hari (sebelah malam sebelum tidur), Mama akan belek2 bekas air tu. Kalau semua bekas itu kosong bermakna Mama dah lengkapkan pengambilan 3 liter air dalam sehari. Kalau air masih berbaki dalam bekas tu bermakna Mama kurang minum air pada hari itu. Senang kan?
Tips nak habiskan 3 liter air juga adalah minum sikit2 tapi kerap. Minum juga sebelum, semasa dan selepas mengepam atau menyusukan. Sebab masa susu dikeluarkan daripada badan sama ada secara mengepam atau direct feeding, tekak memang rasa sangat dahaga. Masa ni boleh la minum lebih sikit sebab memang sangat2 dahaga.
Ada juga pendapat menyatakan bahawa tak boleh minum air banyak sangat sebab nanti air masuk dalam salur darah. Eh, yeke? Ya, mungkin benar jika orang itu tidak mengambil apa2 supplement. Bagi pengamal supplement seperti Mama, pengambilan air yang banyak adalah penting bagi memastikan vitamin tersebut diserap sempurna ke seluruh badan.
Supplement apa yang Mama ambil? Nanti Mama buat entri khas tentang itu ye... ;)
0 comments:
Post a Comment