Mama nak cerita pengalaman kursus hari kedua dalam breastfeeding journey Mama ini. Moment indah untuk dikenang2 semula bila dah wean off nanti. Atau mungkin boleh diselak2 kembali lembaran ini di hari tua Mama nanti. Juga bukti buat anakanda tercinta bahawa Mama sanggup mengorbankan apa saja untuk kalian.
Hari kedua macam semalam juga, Mama siapkan awal2 bekalan ebm Bunyamin malam sebelumnya. Beg pakaian anak2 tak perlu dah untuk hari kedua ni sebab Mama memang akan bekalkan pakaian untuk seminggu terus pada hari Isnin.
Hari ini waktu rehat tengahari dipendekkan sebab semua pun setuju nak habis awal sikit iaitu pada jam 4.00 petang. Rupanya surau adalah tak kunci ye. Semalam Mama tanya guard di situ dia cakap kunci. Cis, terkena rupanya Mama. Dah dia cakap kunci so Mama takde la gi check pulak masa rehat tengahari tu. Terus je balik rumah.
So hari ini Mama adalah malas balik rumah sebab boleh solat di surau sahaja. Tapi Mama malas nak mengepam di surau sebab segan. Boleh? hihi. Oleh sebab dah selesa mengepam dalam kereta semalam, line pun clear saja sebab Mama parking di tempat semalam juga, agak tersorok, so Mama hanya mengepam dalam kereta sajalah.
Sesi pertama pada jam 10.15 pagi selepas makan cepat2. Kawan2 kursus pun hairan melihat Mama makan dengan cepat dan kelam kabut keluar dewan. Tapi bila diterangkan barulah diorang faham. Sesi kedua waktu tengahari. Juga makan cepat2.
Orang lain boleh la makan sambil sembang2 sebab lepas ni hanya nak solat sahaja. Mama ni dengan nak mengepam lagi, sekurang2nya 10-15 minit pastu nak solat lagi kan. Belum campur dengan nak kenc ke ape lagi tu.
Biasanya Mama mengepam 30 minit baru kosong betul. Itu pun kena disusuli dengan marmet (perah dengan tangan) dalam 2-3 minit baru B betul2 kosong. Tapi disebabkan kursus dan masa sangat terhad, Mama hanya dapat pam paling lama 20 minit sahaja. Takpelah, walaupun sekejap tapi susu perlu dikeluarkan untuk elak bengkak (Mama memang tak tahan), juga nak bagi signal pada otak bahawa susu itu diperlukan, juga takut susu merajuk nanti bila tak dipam pada masa yang biasanya dipam keluar. eh, paham x ayat Mama ni? hihi..
Hari kedua pun ada dugaan menunggu keretapi jugak. Hadoi, ni la ujian Allah. Rumah sebelah jalan keretapi, inilah dugaannya. Sabar jela.. ;)
0 comments:
Post a Comment