Coretan ini sekadar kenangan. Mungkin dapat dibelek2 bila dah wean off nanti. Atau mungkin boleh dikenang2 kembali di hari tua Mama nanti sekiranya dipanjang usia.
Ini adalah hasil perahan susu Mama menggunakan pam medela Swing yang dipinjam daripada kawan semasa medela freestyle Mama dihantar servis. Seminggu lebih juga Mama menggunakan swing ini. Oh ye, ini adalah hasil perahan untuk 2 sesi. Biasanya kalau menggukana freestyle, ini adalah hasil perahan untuk 1 sesi.
Disebabkan Mama tak berapa biasa menggunakan single pumping, ditambah dengan kekangan waktu di sekolah, maka inilah hasil yang mampu Mama bawa pulang. Namun Mama sudah cukup bersyukur daripada tak bawa apa2 hasil langsung kan. Hasil sebanyak ini dapatlah juga menampung 3 kali minum si anak. Alhamdulillah...
Sekadar coretan buat kenangan kerana Mama telah mula menggunakan semula freestyle kesayangan Mama yang baru sampai kelmarin setelah siap diservis. Rindu berlalu bila freestyle dah kembali dalam genggaman. Nak dapat bukannya mudah, lalu ianya sangat berharga buat Mama...
Moga perjalanan penyusuan Mama selepas ini semakin mudah, mudah dan dipermudahkan olehNya....
2 comments:
syukur dah tu...ada jugak member leh pinjam. Saya masa hantar pump servis, kena marmet je lah...tapi alhamdulilah.
ye.. syukur sgt2 sbb ada pam kawan.. n serasi lak dgn bdn.. alhamdulillah.. marmet x reti.. dah cuba tp last2 clog duct..
Post a Comment