Dah lama juga merancang dalam hati nak menyusun ebm elok2 masa cuti panjang ni. Cadang nak minta tolong adik2 sebab projek menyusun ebm ni tak boleh dibuat sendirian. Ebm kan mudah cair tambah2 lagi kalo simpan dalam liner. Kena la buat dengan bantuan.
Mama ajak Achik Anna tolong sementara dia cuti ni kan. Lama juga la kami packing, melabel dan menyusun ebm2 tu. Diselang seli dengan Bunyamin nak menyusu, merengek2, juga si abang yang tidurnya hanya sebentar lalu bangun 'menolong' mana yang patut.
bahan2 untuk packing dan tagging ebm
Mama wrap 5 peket ebm menggunakan food wrapping plastic tu untuk memudahkan penyusunan sebab kalo tak wrap camtu nanti dia akan menggelongsor antara satu sama lain. Kali ni Mama dah taknak guna bakul lagi sebab ianya memakan ruang. Ebm baru dah tak muat nak masukkan dek kerana penuh dengan bakul.
wrap dan tag
Memang penuh cabaran la projek ni. Mula2 buat dua2 anakanda tidur. Belum pun separuh jalan, si adik dah bangun. Pastu kalau bangun duk sengsorang main atas toto takpe jugak, ni bila dah meniarap tak reti telentang balik, mula la merengek mintak tolong. Dah satu hal pulak. Lama2 dia boring, mula la ngantuk nak nenen. Dalam masa yang sama kena cepat2 selesaikan projek ni sebab takut susu cair. Aduhai...
budak bijak tanak baring bawah.. nak beriba..
Tak lama pastu si abang pula bangun. Aduhainya pon... Nasib baiklah abang behave hari ini. Abang pun dah besar. Tak kacau sangat walaupun mulut Mama dan Achik Anna ni tetaplah berbunyi jugak kan. hihi.
ambik hati abang dengan snap gambar dia
Mula projek dam 3 petang. Selesai wrap dan tag jam 6 petang. Stop kejap untuk solat dan rehat2. Ayah pun dah balik kerja. Sorry ye Ayah, hari ini busy mengerjakan ebm so Ayah kena layan dirilah ye. ;)
Siap wrap semua, barulah nampak kemas dan mudah nak susun. Setiap bongkah ebm tu Mama label dengan nombor dan tarikh. Warna label juga adalah mengikut bulan. Jom tengok hasil penat lelah kami... ;)
ebm Ogos 2011
ebm September 2011
ebm Oktober 2011
ebm November 2011
ebm Disember 2011
Kalau tengok balik, ebm Ogos memang banyak. Begitu juga dengan September dan Oktober. Masuk November, stok dah kurang. Sebab November Mama sangat sibuk di sekolah dan hanya sempat pam 1-2 kali sahaja. Di rumah dah letih dan tak pam. Stok pulak curi sehari dalam 3-4 pek. Mana la tak surut stok ebm beku.
Disember memang la sikit sebab baru tak sampai separuh bulan kan. Insya-Allah target cuti ni nak dapatkan 50 pek. Sekarang dah berjaya kumpul dalam 30 pek. Lagi 20 pek untuk cukupkan misi masa cuti. Yeay...
hasil perahan bermula Ogos - Disember 2011
Dah siap solat dan rehat sekejap, sambung balik projek. Kali ni projek nak menyusun dalam freezer pulak. Kalau dah 2 orang, boleh la discuss kan. Kalo Mama sorg2 ikut kepala sendiri jela. hihi.
deep freezer kosong sebelum dimasukkan semua ebm
Bila dah siap terlupa pula nak label setiap bongkah ebm dengan nombor supaya mudah nak nampak daripada atas. Last2 nak cepat sebab Bunyamin dah gosok2 mata dan merengek2 nak tido, Mama hanya labelkan dengan masking tape panjang melintang dengan bulan sahaja. Nanti masa nak ambik mudahlah nak cam ebm tu bulan mana punya. Mudah juga nak tau tarikh luputnya.
layer 1 - ebm Disember & November
layer 2 - ebm Oktober & November
layer 3 - ebm Oktober & September
layer 4 - ebm September
layer 5 - ebm Ogos
siap masukkan semua ebm
Lega tak terkira sebab berjaya juga menyusun ebm Mama. Mama dah catat jumlah semua tapi Mama belum kira berapa oz semuanya. Insya-Allah nanti Mama update kemudian ye..
3 comments:
jimat space...
Hebatny akak ni.sgt sistematik..bgus idea susun ebm ni.terbaik.meh lawat blog saya k ..http:://izyandyiean.blogspot.com
Slm,minta izin amik idea susun ebm nie yer..terima kasih..
Post a Comment