Ku ingin diriku dilihat dengan pandangan bersih, sebersih putihnya pasir di pantai tak ternoda. Ku ingin dinilai dengan peribadiku pada hari ini, bukannya berpaling melihat kekurangan diriku pada masa lalu.
Ku menulis bukan kerana nama, juga bukan kerana harta. Ku mencoret sekadar buat kenangan di hari tua, juga buat inspirasi diriku sendiri di saat daun duka mengelilingi pohon waktu ku. Ketika menulis semua entri di dalam helaian bermaknaku ini, tidak pernah ada sebarang prejudis kepada sesiapa sahaja, sama ada yang dikenali, jika tidak apatah lagi.
Aku insan biasa, yang hidup ada jatuh bangunnya, yang harinya ada tawa tangisnya. Semua kenangan lalu, jua pengalaman lalu yang pahit2 sudah ku buang, juga sudah ku lupakan hingga jika ada yang mengungkit, ku sendiri sudah lupa.
Kerana aku ingin menjadi seorang isteri terbaik buat suamiku, Mama yang memiliki segala keperluan anak2, juga ingin hidup bahagia tanpa derita.
Aku sudah bahagia sekarang. Hidupku harmoni, tenteram dan sejahtera. Aku tidak kaya harta, namun aku bersyukur apa adanya. Aku kaya kasih sayang, aku kaya kemanisan hidup berumah tangga. Aku ada suami, yang sentiasa ingin cuba meringankan beban tugasku sebagai isteri, yang sentiasa membawa rohku dan anak2 bersamanya mencari cinta Ilahi, yang sempurna di mataku, yang tidak pernah merungut denganku, yang punya sejuta peluang untukku, yang sentiasa manis dan sabar dengan anak2ku. Tidak ingin ku kecewakan hatinya. Aku juga punya anak2 yang sangat manis bak gula, sentiasa buat ku tersenyum walau jauh di sudut hati ada garis duka mencalari, anak2 yang berakhlak mulia juga selalu menyirami hati Mama dengan terapi hebat itu.
Maafkan aku jika mungkin ada yang kecewa. Aku sudah tidak mahu berduka lagi. Aku ingin gembira selamanya walau badai, walau ribut melanda hidupku. Ya Allah, pimpinlah hambaMu ini.
Hasil tulisan ku ini tidaklah sehebat mana, yang boleh menjadi inspirasi kepada orang lain. Hanya menulis berdasarkan pengalaman, mungkin juga berdasarkan sembang2 bersama teman2 dan keluarga, mungkin juga hasil sembang2 di forum2 atau group2 kegemaran. Namun ia TETAP adalah hak peribadiku. Tolonglah hormati itu. Andai suka, teruskan pembacaan. Andai tidak, tak perlulah mencanang kepada dunia. Aku dengan duniaku, kamu teruskan dengan duniamu.
Bahagia sesudah derita, bukankah ianya sangat bermakna?
Aku sudah bahagia sekarang. Aku sudah bahagia sekarang. Aku sudah bahagia sekarang...
0 comments:
Post a Comment