♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, March 18, 2012

Jalan-Jalan : Raub - Cameron Highlands Part 2


Lama juga kami menanti dalam kereta. Hujan adakalanya renyai, adakala gerimisnya sedikit kasar kemudian renyai2 semula. Akhirnya sesi sembang2 ilmiah berakhir. Kami minta diri untuk pulang.

Urusan utama sudah usai. Baru plan nak jalan2 pula. Ingin bermalam di Raub atau Kuala Lipis tapi dikhuatiri tiada tempat yang sesuai. Ke sana sini, telefon orang itu orang ini, penat2 fikir berhenti makan2 dalam hujan sebentar, akhirnya semua sepakat bermalam di Cameron Highlands.

Lebih kurang jam 9.30 malam kami tiba di Noraini Chalet, Brinchang. Bilik yang kami sewa ada 2 katil kelamin, rak penyidai baju dan meja solek. Sedikit sempit bila ramai2 begitu tapi memadailah hanya untuk semalam saja. Bilik mandi di luar bilik tapi tidaklah jauh mana, hanya keluar pintu ini, masuk pintu depannya saja. RM100, mungkin harga season peak.

Malam itu kami lebai malang. Selesai mandi dan solat, kami keluar ke pasar malam Brinchang kononnya, kecuali Tok Abah. Taktau hampir jam 11.00 malam mana ada pasar malam yang buka lagi. hihi.

Gigih kami mendaki bukit dari chalet ke tapak pasar malam namun penat dan perut berkeroncong saja yang dapat. Singgah kedai tomyam, ramai pula. Khuatir lama menunggu sedangkan mata dan badan sudah minta rehat. Nak cepat plan beli KFC saja. Malangnya tutup sudah.

Penat semuanya, lalu balik ke bilik untuk melaporkan pada Tok Abah. Pilihan yang ada hanya kedai tomyam tadi. Cadangnya Mama drive kereta Tok Abah sebab dah penat berjalan tadi. Kepala Mama sebenarnya sudah pusing, memang sejak akhir2 ini kepala mudah pusing dan berdenyut2. Tapi kesian pula adik2 kena berjalan, gagahkan juga.

Abang dan Adik akan ditinggalkan dengan Tok Abah dan Tok Mama. Lalu Mama susukan Bunyamin yang sudah mengantuk itu dahulu. Terlena Bunyamin, Mama baringkan atas katil. Namun mungkin dek kesejukan, Bunyamin terjaga dan merengek2 mahukan Mama mendakapnya lena.

Akhirnya Mama tak dapat pergi, hanya adik2 sahaja. Kesian terpaksa berjalan kaki. Sementara menanti Mak Njang, Achik Anna dan Pak Su pulang, Abang dan Adik 'menjelajah' ruang sempit itu. haha. Oh ya, Bunyamin tak jadi tidur. hihi. Mama bentangkan toto, tempat tidur kami tiga beranak untuk malam ini. Risau nak tidur atas katil, nanti ada pula nangka comel gedebuk jatuh. Adik terhantuk katil 2 kali. haha. Paling seronok meneroka adalah si adik. Ke sana ke sini panjat kepala katil panjat bantal turun naik katil.

Lama juga mereka pergi. Sejam berlalu, akhirnya mereka pulang. Rupanya tempahan disiapkan dalam masa yang singkat sahaja, namun tidak diberitahu bahawa makanan dah siap. Mak Njang dan Achik Anna sempat lagi beli stokin sebab tak bawa stokin tebal dari rumah. Juga sempat hadiahkan Abang dan Adik sarung tangan comel secomel tuannya.

Selesai makan2 jam 12.00 tengah malam *nak kata supper pun makan nasik goreng*, semua siap2 untuk tidur. Kesejukan mencengkam tambah2 lagi hujan di luar. Mula2 Abang tidur atas katil antara Pak Su dan Achik Anna, namun sebentar saja. Habis je minum susu, pelan2 Abang turun baring di sisi Mama. Masih tidak boleh lekang dengan Mama walau sudah masuk tahun ke-3 usianya. Mama senyum sahaja sebab sudah dapat mengagak.

Adik dan Abang tidur dengan pyjama lengan panjang, berbaju sejuk, berstokin dan bersarung tangan. Lengkap pakaian tidur di Cameron Highlands mereka. Namun begitu, entah jam berapa Abang mengingau *biasa la tu*, Mama tengok Abang dah buka sarung tangannya. hihi.

Keesokan paginya, semua bangun mandi, solat dan siap2 untuk keluar jalan2. Cerita jalan2 itu di entri lain lah ye. Penat nak menaip sebab mata sudah mengantuk. *tak habis2 alasan yang sama..haha*

sambung lagi...



Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥