♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, May 10, 2012

AHX 336

Pertama sekali Mama bersyukur ke hadrat Ilahi. Segala urusan dipermudahkanNya. Petang tadi kami sekeluarga bersama Tok Abah, Tok Mama dan Pak Su pergi ke Ipoh ambil kereta baru. 


Sepatutnya semalam tapi disebabkan masalah di pihak mereka, maka hari ini baru boleh keluar kereta. Takpe jugak, boleh kira hadiah anniversary juga ni. ;)


kami sekeluarga bersama AHX 336


Inilah dia buah hati terbaru kami. Insya-Allah bakal jadi pemudahcara buat kami sekeluarga sama seperti kereta terdahulu yang masih diperlukan khidmatnya. AHX 336. Plat ditempah khas. Sama dengan nombor van Tok Abah dulu, dah lama jual tapi kenangan bersamanya masih tetap segar di ingatan. Juga sama dengan plat kereta comel Tok Mama yang hingga kini masih setia bersama kami.

pergi ambil kereta dengan
Tok Abah, Tok Mama dan Pak Su

Tujuan utama kami beli kereta lagi sebab kesukaran yang dihadapi bila situasi memerlukan. Kadang2 ala2 berebut kereta pun ada. Kena la sorang beralah bila sorang lagi nak guna kereta. 

Bila hari kerja hujan pagi2, nak ke tempat kerja memang la Ayah boleh hantar Mama, tapi nak balik kerja dah susah. Kena la susahkan Tok Abah pula minta tolong ambil Mama dan anak2.

Abang Iman posing depan kereta

Sudahnya kami tekad beli lagi sebuah kereta. Kali ini amik MPV pula. Senang nak travel jauh2 kan. Walaupun takde la selalu sangat travel pun, tapi bila nak jalan2 tu senang la sikit kan. Kebetulan kami beli pun masa launching so harga masih promosi lagi.


Masa ni Bunyamin dah mengantuk sangat2, Abang Iman dah membuas sakan tanda mengantuk juga. Cepat2 selesaikan segala urusan dan bertolak balik. Sempat singgah makan kat Mee Rebus Ramli dulu. Pastu dah taktau nak ke mana sebab dah lewat petang dan hujan pula.

Abang Iman naik kereta Tok Abah. Pas makan baru dia nak naik kereta baru. Seusai solat Asar di R&R Sungai Perak, kami berpisah terus balik ke rumah sebab dah nak malam. Kami sekeluarga terus ke rumah Nenek. Seronok dan bersyukur seisi keluarga tengok kereta baru kami. Semua pun happy.

Pasni kena plan nak jalan2 lak. *eh*


Yang Ini Pun Best



2 comments:

Imaan09 said... [Reply to comment]

new avanza ke tu..wahhh, tahniah!

mamaiman said... [Reply to comment]

yup ibu imaan..
new avanza..
;)

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥