♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, June 10, 2012

Cerita Ipoh Kena Peram

Owh, cerita ini sudah lama. Sangat lama. Kejadian berlaku pada 7 April! hihi. Peram cerita punya lama la Mama ni kan. Nak buat cemana, aura tak datang katanya kan. kih kih.

Ok, ini adalah kisah kami jalan2 cari makan dan pasal di Ipoh masa family abang Mama balik bercuti aritu. Seronok sekali bila lengkap kami sekeluarga bersama. Ramai2 riuh rendah gelak ketawa macam nak pecah rumah dibuatnya.

Kebetulan masa ni adik Mama nak menempah cadar pengantinnya. Lalu kami beramai2 buat rombongan cik kiah la menemani sambil berjalan2. hihi. Indahnya hidup begitu kan. Kalau saja2 nak pergi jalan2 takde maknanya la dengan bebudak ramai2 ni. hihi.

Kami bertolak lebih kurang jam 1.00 tengahari. Plan nak ke rumah mak sedara Mama sebab dia yang kenal tokey kedai cadar tu so boleh la dapat diskaun kononnya la kan. Tapi masa kami sampai Ipoh tu, mak sedara Mama tu masih belum balik kerja. Maka kami meroyan la dulu di Jusco. hihi.

Tengok anak2 Mama yang baik
sekali naik kereta mainan bertiga terus..

Bunyamin dengan Achik Anna

Tanpa arah tujuan, kami pusing2 sampai pening kat Jusco tu. Last2 sampai tempat makan, dah pening lagi sekali nak makan Pizza Hut ke Kenny's Rogers. Pung pang pung pang diskas, last2 pilih nak makan KR.



Pilih punya pilih makanan, pastu Ayah keluar cari kasut pulak. Bagus jugak Ayah gi sorang sebab kalau ramai2 ni kang jadi buat kasut lak kang. hihi. Rasa macam lambat pulak makanan tiba. Sementara menanti makanan tu, macam2 la reaksi dan drama. hihi. Kat bawah ni gambar2 jela ek. hihi.


sementara menunggu makanan tiba,
sempat tengok video lagi bersama Ummi yang rajin melayan
upin ipin kot..

kakak Aisyah bersama Mak Njang

si gebu Aqil bersama Abah



Bunyamin sibuk main buku
suka sangat bila buku tu jatuh

Tiba2 si Bunyamin lak buang air besar. Haih, sudah. Dah la pampers apa semua tinggal dalam kereta. Terpaksa la pergi beli pulak. Nasib baik kat depan tu je mallnya. hihi.


Selesai je Mama menguruskan Bunyamin dengan bantuan Ummi, makanan pun tiba. Budak2 ni bukan main seronok. Yela, dah mula bosan ditambah dengan kelaparan jugak. hihi.

yeay.. makanan sudah tiba..

Maka semuanya makan dengan sopan sekali. hihi. Tau jela dah ramai, macam2 hal la kan. Budak2 la terutamanya. Tapi keadaan terkawal la kiranya.




Aduh, mengimbau memori ini, terus rasa macam nak makan KR je esok. hihi. Macam2 perempuan ni kan.

Ok, selesai makan baru kami gerak ke rumah mak sedara Mama untuk solat Zohor dan terus ke destinasi asal iaitu nak menempah cadar pengantin. Namun maaflah gambar di kedai itu tiada sebab masa tu anak2 sudah mengantuk dan nak berdukung saja kekdahnya ye.

Tapi takpe, insya-Allah dah siap cadarnya nanti boleh la review kat sini puas ati ke idok ye. Atau kita review masa kenduri Mak Njang jela senang kan. Jeng jeng jeng... ;)

O ye, lepas tempah cadar kami jalan2 Greentown Mall lak tengok langsir. Kisahnya tengok aje ye, tak beli pun sebab ukurannya belum tau. Yang cun memang dah target, tapi dibeli 3,4 minggu selepas itu. Tapi tak semua yang tengok aritu ada sebab dah habis. Sedey ok.. Terpaksa la beli yang lain.. Kat GM tu Mama beli tudung. Akhirnya dapat juga Mama beli tudung yang cantik dan tak kepek2 awningnya... Nanti boleh beli lagi. *eh*

Mak sedara Mama ajak gi tengok rumah barunya, tapi disebabkan Ayah ada pengajian malam tu, kami terpaksa bergegas pulang. Maka kami berpisah di situ. Gi solat Asar kat masjid hospital. Sekali pas solat Asar, Ayah kata pengajian dibatalkan. Aduhai.. kalau tak boleh berjalan sampai pitam. *eh, hihi*

Pastu kami pun pulang. Kepenatan walaupun takde la berjalan banyak tempat pun. Maklum la berjalan dengan budak2 kecik kan. Tapi memang superBEST ok. Nanti family Ummi dan Abah balik kita jenjalan lagi ek.. ;)



Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥