♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, June 10, 2012

Hampir Separuh Perjalanan

Sudah agak lama Mama menyepi daripada berceloteh tentang perjalanan penyusuan Mama bersama Bunyamin kan. Sebenarnya bukan sebab sibuk, sebab sekarang cuti sekolah *dah nak habis pun* tapi selebihnya sebab tak ada aura nak menulis. Entah mengapa ya.

Banyak juga sebenarnya nak dikongsi bersama, namun ianya kekal di dalam kepala saja. hihi. Maaf ye kawan2 yang menanti post daripada Mama. Sejujurnya cuti kali ini Mama jarang berada di hadapan laptop. Tengok gitu2 aje. Masa selebihnya banyak dihabiskan untuk anak2 juga untuk rumahtangga. *cewah, serius bunyinya*

Baiklah, berbalik kepada perjalanan penyusuan Mama, alhamdulillah ketika entri ini ditulis, lagi 2 hari Bunyamin genap berusia 1 tahun. Bermakna sudah hampir 1 tahun juga perjalanan penyusuan ini. Syukur kepadaMu ya Rab kerana mengizinkan perjalanan sejauh ini buat kami.

Sejujurnya Mama tidak menyangka dapat bertahan selama ini. Perjalanan penyusuan bersama Abang Iman dahulu selama 1 tahun 4 bulan, walaupun bersulam susu formula, dalam pantang sudah disuap susu formula, tidak fully breastfeed, namun tetap jua Mama bersyukur kerana nikmat susu ibu tetap dapat Abang nikmati.


hasil power pumping paling banyak setelah 2 minggu gigih pp siang malam

Perjalanan ini, walau baru separuh perjalanan, sudah cukup buat Mama gembira dan terharu. Besarnya nikmatMu ya Allah terhadap kami. Rasa malu untuk mengeluh kekurangan. Malu sungguh.. T_T

Dek kerana tika waktu bekerja Mama suka skip mengepam, awal2 masuk kerja dulu 3 sesi iaitu pagi, waktu rehat dan selepas loceng berbunyi. Balik rumah malam2 mengepam lagi dan esok pagi sebelum subuh mengepam lagi. Jumlah mengepam sehari adalah 5 kali.

Makin lama makin sibuk dan malas lalu mengepam hanya sekali ketika bekerja, di rumah sudah tidak mengepam, pagi juga sudah tidak mengepam. Entah ke mana hilangnya semangat waja Mama dulu. Mungkin juga sebab tekanan kerja, juga jadual yang agak padat tahun ini serta rutin rumahtangga seharian membuatkan badan Mama digunakan habis-habisan lalu sisa2 tenaga yang ada sudah tidak mampu meneruskan aktiviti mengepam seperti dulu.

Susu pula semakin merudum. Pernah juga beberapa kali mengamalkan kembali amalan memperbanyakkan susu seperti power pumping setiap malam, minum air banyak, ambil supplement serta minum jus kurma pegaga. Juga paling utama adalah meningkatkan sesi pengepaman dan penyusuan secara langsung bersama Bunyamin.

Tapi tula, bila susu dah mula nak ok, mula malas balik lalu susu pun merajuk semula. hihi. Maka mula la sibuk menunggu cuti sekolah untuk kembali menjalankan projek up susu. 

tuan punya ebm yang lagi 2 hari genap setahun usianya

Cuti sekolah bulan Mei dan Jun ini selama 2 minggu. Kalau kira hari, ada la dalam 16 hari bercuti. Target Mama tidak terlalu tinggi, khuatir terasa membebankan lalu stress. Isk, pergi jauh2 ye stress. Ku taknak berkawan denganmu. Target Mama dalam cuti ini nak dapatkan 16 botol; sehari 1 botol sudah. hihi.

Kira ok la daripada tak ada langsung kan. Ada hari2nya Mama tidak mengepam sebab berjalan. hihi. Maka pada hari yang tidak ke mana2 Mama pulun mengepam untuk cover balik hari yang tidak mengepam itu.

Alhamdulillah dapat juga Mama mencapai target itu. Pada entri ini ditulis, stok untuk bulan Jun sahaja sudah ada 13 botol X 3 oz = 39 oz. Syukur alhamdulillah. Cuti sekolah bermula pada 27 Mei, tapi stok Mei sudah Mama simpan di dasar freezer dan terlupa pula nak mengira ebm yang dapat dikumpul pada permulaan cuti aritu. Tapi Mama yakin ianya melebihi 3 pack, menjadikan target Mama nak mengumpul 16 pack sudah tercapai. Alhamdulillah..

Walaupun susu Mama sudah tidak semeriah dulu, namun Mama tetap bersyukur kerana Mama percaya sepanjang perjalanan penyusuan ini tentu ada jatuh bangunnya. Kini Mama ingin bangun kembali setelah mengalami fasa kemeruduman.

Dalam usaha kebangkitan itu, apa yang Mama lakukan secara ringkasnya seperti berikut :
  • Perbetulkan niat, ingin menyusukan anak kerana Allah swt. Bukan nak menunjuk2 atau nak riak. Ikhlas lillahi taala.
  • Berdoa setiap kali selepas solat. Moga dipermudahkan perjalanan penyusuan Mama serta dimurahkan rezeki susu buat anak2 Mama.
  • Amalkan power pumping setiap malam. Bila time cuti ni, kalau anak2 ok, siang pun Mama buat power pumping. 
  • Power pumping CARA MAMA; *double pump* 10 minit pam - 5 minit rehat - 10 minit pam - 5 minit rehat, buat selama sejam, means ada 4x pam dan 4x rehat. *single pump* 10 minit pam cik B kanan - 10 minit pam cik B kiri - gilir2 selama sejam jugak.
  • Minum air kosong 2-3L sehari. Sampai kembung perut rasanya. hihi. Ni kalau time kerja memang mudah nak habiskan 3L tapi kalau kat rumah memang susah nak habiskan sebab ralit buat itu ini.
  • Atur semula jadual makan supplement dan makan ikut jadual. Kalau masa kerja mudah nak ikut jadual, tapi masa cuti memang mencabar sebab asyik terlupa atau tertangguh2. hihi.
  • Minum susu. Macam Mama suka minum susu Marigold HL plain. Tapi cuti2 ni malas nak pergi beli, atau bila kat kedai asyik terlupa. Jadi Mama bancuh susu Anmum je. Susu jugak kan. Biasanya hasil tenusu memang boleh boost susu, insya-Allah.
  • Jangan stress. 
Rasanya tak susah mana kan. Kalau ada kemahuan, apa2 halangan tiba pun bisa dihadapi kan. Cakap kat orang pandai la, tapi Mama sendiri pun susah nak komited dengan jadual sendiri. Harap2 buka sekolah Isnin ni, Mama lebih disiplin mengepam. Kerap kosongkan breast, tu je kunci utamanya tapi tula susah nak buat pun. Banyak hasutan ditambah virus Malas. Benci virus M!

Moga rezeki Ahmad Iman Bunyamin sentiasa murah sehingga usianya 2 tahun atau lebih2.. ;)




Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥