Hari ini 20 Ramadhan 1433 H bersamaan 9 Ogos 2012. Harini dapat bonus raya. hihi. Tapi kena la jimat cermat sebab nak raya tentu nak pakai banyak duit. Tapi duit raya pun belum tukar lagi. Apa pun tak boleh. haih.
Takpe, malas fikir soal itu sebab masalah itu kita serah pada imam keluarga ok. hihi.
Mari tenangkan fikiran, kita cerita pasal susu. Aih, cerita pasal susu leh tenangkan fikiran ke? Pasti jawapannya 'ya' jika anda sebaris dengan Mama dalam memperjuangkan penyusuan susu ibu. Jika tidak, anda boleh saja terus membaca blog Mama tapi jika anda tak suka, sila klik X di sudut kanan atas skrin anda. Mama tak suka menimbulkan benci ke meluat ke di hati anda. Tak suka cari musuh dan malas menyesakkan fikiran dengan masalah anda yang bermasalah dengan Mama. Sudah tutup buku lama, buka buku baru yang sudah lelah dengan permainan anda. haha.
Hari ni Mama mc. Sebab kelmarin dan semalam kaki kiri Mama sangat sakit sampai nak duduk tak boleh, nak baring tak boleh, nak bersila tak boleh, apa pun tak boleh. Mula2 sakit sikit saja, lama2 makin teruk dan teruk. Nak urut sket2 tu boleh la tapi tetap sakit.
Semalam sudah ke klinik, sudah makan ubat dan harini alhamdulillah beransur pulih. Nikmatnya ada kaki yang sihat, ada tubuh badan yang sihat, kan? Hargailah ia sebelum nikmat itu ditarik balik. Gunakan ke arah kebaikan ye kawan2..
Bercerita soal susu, sejak Bunyamin dah besar ni, dia sudah mula kurang menyusu. Kat rumah Opah pengasuh, kalau Mama bagi 5 botol, biasanya habis 3 botol saja, kadang2 4 botol. Kalau bagi 4 botol pun masih berbaki. Kadang2 tu Mama ambil lewat sikit pun tetap berbaki. Ada juga harinya susu yang dibekalkan tu habis tapi jarang sangat habis.
Sekarang ni bekalan Bunyamin semuanya frozen ebm. Bukanlah sengaja berikan Bunyamin yang frozen sahaja, tapi disebabkan stok lambat berjalan kalau dicampurkan dengan fresh, Mama TERPAKSA bagi Bunyamin yang frozen semuanya. Bila frozen dah dicairkan, kalu ada baki di rumah Opah, terpaksa la buang begitu saja sebab Bunyamin memang totally reject botol bila Mama ada.
Arini dan semalam, walau Mama sakit tapi tanggungjawab terhadap anak2 tetap tak dilupakan terutamanya Bunyamin yang masih menyusu. Cuma Mama tak mengepam, hanya direct feed saja.
Harini berkesempatan mengepam sementara Bunyamin tidur. Agak lama Bunyamin tidur. Kaki sudah beransur sembuh. Mengepam selepas menyusukan Bunyamin, alhamdulillah dapat 3 oz, cukuplah buat sekali Bunyamin minum di rumah Opah pengasuhnya.
Perjalanan penyusuan masih berbaki lebih kurang 10 bulan lagi. Mama doakan perjalanan ini dipermudahkanNya. Moga rezeki susu buat anakanda comel Mama sentiasa berterusan sehingga 2 tahun usianya atau lebih.
Mama akui, susu semakin merudum. Bukan salah sesiapa, tapi kealpaan Mama sendiri. Momentum mengepam sudah kurang, power pumping sudah jarang, minum air sudah tak kira2 lagi, makan ala kadar, stress tak kawal sebaiknya, ikutkan emosi sedih.. lalu susu pun merajuk. Semangat tak pernah luntur tapi situasi membuatkan Mama hanyut. Rasa nak berenang semula ke tepian, taknak terus hanyut. Moga masih ada sisa semangat buat Mama meneruskan perjalanan ini.
Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin...
2 comments:
alhamdulillah lin berjaya susukan ank 6bulan dengan susu ibu. tapi, lepas 6 bulan setiap kali pump dapat 3oz. sampai susu tahap tak ada stok langsung dalam freze. sedih. :(
tahniah lin..
mungkin lin kurang mengepam.. atau stress?
Post a Comment