Bermula dengan majlis akad nikah di petang Jumaat 21.12.2012 selepas Asar. Agak kelam kabut jugak la masa tu sebab jam 3.00 pm Mama baru balik membeli barang2 nak guna masa kenduri, jam 4.15 pm dah kena gerak ke masjid untuk majlis. Dengan anak2 lagi kan. Kalo single senang la urus diri sendiri je kan.
Plan nak mekap beria adalah kelaut sebab semua orang dah keluar masa Mama baru hegeh2 nak pakai tudung. Ok fine. Tak la penting sangat mekap tu sebab ku bukan pengantin kan. Saja ngengada haha.
Ada 3 pasangan akan dinikahkan petang tu termasuklah adinda Mama. Dorang ni pasangan ketiga dinikahkan sebab wali sendiri yang nikahkan. Pasangan pertama dan kedua tu 2x lafaz tapi adinda Mama ni bukan pengantin yang 2x lafaz tapi wali yang 3x lafaz. Mana taknya, rupanya Tok Abah sakit tekak masa tu. Air lak takde. Aduhai kesian Tok Abah.
Selesai majlis nikah, semua pun balik rumah untuk acara sarung cincin dan penyerahan mas kawen seterusnya jamuan kecil.
Selesai majlis ari Jumaat. Bersiap sedia fizikal dan mental untuk majlis kemuncak pada Sabtu pulak. Family Mama tak tido rumah Tok Abah. Kitorang balik tido rumah sendiri. Tapi dah malam baru balik rumah. Hari2 pun camtu. Bayangkan kepenatan berulang alik gitu. fuhhh..
Kenduri pertama dulu Mama kan pengantin. So kepenatannya lain. Tak sama macam kenduri kedua ni. Memang penat melampau sebab persiapan rancak adalah 2 minggu sebelum kenduri di mana masa tu adik beradik yang lain belum balik.
Hanya ada anak2 perempuan Tok Abah sahaja maka semua pun kita nak uruskan maka penatnya lain macam. Tok Mama dan Achik Anna sampai demam2. Mujurlah Mama sihat2 sahaja. Tiba hari kenduri pun dah semakin tak larat tapi gagahkan jugak untuk hari kemuncak ni kan.
Pada hari kenduri tu, seawal jam 10.00 pagi ada marhaban dan tahlil. Istimewa disampaikan oleh adik-beradik Ayah. hihi. Tapi ada la saguhatinya walaupun keluarga kan.
Mama hanta pengantin mekap kat kedai jam 9.00 pagi. Pastu balik rumah bersiap dan mekap. Amboi dia tuuu.. haha.. Ala bukan selalu pun kan nak bergaya sket apa salahnya. Yang lawaknya pada hari kenduri Mama pakai shawl. Ni semua gara2 hasutan adik2 perempuan Mama la, termasuk pengantin.
Dorang cakap nanti dorang akan pakaikan kat Mama yang jahil bab2 shawl ni. Sudahnya dua2 gi mekap, maka pandai2 sendiri la ko pakai shawl ok. Nasib baik jugak aritu ada sekali tengok kat youtube cara pakai shawl dan nasib sangat2 la ingat jugak step2nya tu.
Maka sila hentam ikut sedap rasa jela ye. Tapi menjadi jugak kot. Lantak la bukan Mama yang nak kawen pun. Gambar adalah takde sebab sibuk. haha. Kesian. Tengok la nanti kalo gambar rasmi dah siap Mama cilok dari Mak Njang.
ni je satu2 gambar yang ada
tu pun dari fb adik ipar
Tema adalah merah hati dan pink. Pengantin sweet dalam persalinan pink. Dua2 sama cantik sama padan. Tinggi dan kurus dua2nya. Sebelah malamnya ada majlis potong kek dan bukak hadiah. Ni memang dah jadi acara wajib kot.
Iman yang malu2 duk atas riba Pak Njang
actually kek ni Tok Mama tempah khas
untuk celebrate besday anak2 perempuannya
tapi iols malu nak potong kek di khalayak ramai gitu haha..
maka kita ganti dengan budak2 yang ada jela..
ok ni hadiah from us
besarnya... apakah itu?
ok kipas berdiri.. hihi..
saja bagi kipas sebab tau memang ianya keperluan
cawan pinggan mangkuk blender bagai mesti ramai dah bagi kan..
tengok budak berdua depan Pak Njang
setia 'tolong' Pak Njang bukak hadiah
orang kuat kenduri
Tok Abah, Achik Anna & Tok Mama
tak ketinggalan Pak Su
turut serta, Tok Nek & sepupu2 Mama
Ayah, Abah & Ummi
ok berebut bukak hadiah dengan pengantin
Tengok gambar je senang kan. hihi. Dasarrr... Keesokan harinya majlis menyambut menantu pulak. Dekat je rumah mertua Mak Njang. 2 minit sampai dah kot. haha. Tema sebelah sana adalah hijau. Rombongan kami pakai coklat.
Gambar lain takde. So tempek gambar kami sekeluarga jela. Chup chup, bukan takde tapi tak cun. haha. Kamera season la katakan. huhu. Ni memang kena tukar kamera dah kot sebab semua gambar adalah blur. #ayat tersirat.
Buat pengantin baru, welcome to the club! Moga sejahtera melayari bahtera rumahtangga. Aman damai tenteram selalu di bawah rahmat dan kasih sayang Ilahi. Cepat2 dapat baby ok..
0 comments:
Post a Comment