♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, December 9, 2012

Hujung MINGGU

Memang tak best dan mengecewakan bila buka blog yang kita suka, tapi asyik2 tak berupdate kan. Ye, Mama faham sebab Mama pun sama camtu. Bila bukak je blog yang disukai, bila tengok entri tuuuu je.. terus rasa macam alaaaa.....

Blog Mama ni blog biasa2 saja. Hanya menceritakan tentang diri, keluarga, teman2, kerjaya dan mungkin sedikit2 isu semasa. Isu semasa tu memang sangat jarang la. Mama kurang berminat dengan isu semasa. haha. Teruk betul. Sebab tu bila sebut je nama orang tu orang ni Mama macam.. err, sape ek dia ni? haha.. Dan kalau dengan Ayah biasanya akan dapat soalan balik, dot dot dot ni pun tak kenal? haha.. 

Tak kisah la. Bagi Mama biarlah Mama bagi tumpuan kat family je lagi bagus. Blog ni diwujudkan sebagai tempat Mama mengomel, mengekspresikan minat, meluahkan rasa dan berkongsi serba sedikit yang Mama tau je. Bukan nak sebarkan maklumat berkaitan isu semasa. huahua.. 



Arini Ahad. Syukurlah ketiga2 lelaki kesayangan sudah sembuh sepenuhnya. Ada selsema sikit2 je lagi. Dan kudis Abang juga dan beransur baik. Tapi masih disapu ubat seperti biasa. 

Pagi2 lagi Ayah keluar bergotong-royong di surau tempatnya mengaji malam2. Dah 3 minggu kalau tak silap Ayah gotong-royong ni. Abang Iman pulak ikut Mak Njang dan Achik Annanya gi kenduri bersama 2 orang kawan Mak Njang dari Pahang. Dah 2 minggu kot Abang Iman duk kempunan nak makan nasik kenduri. 

Tinggal si kecil Bunyamin saja dengan Mama. O ye, kami di rumah Tok Abah ni atas keizinan Ayah. Sebab nak masak di rumah adalah tak best bila kena makan dengan anak2 je. So kita gi rumah Tok Abah jela.

Bunyamin tidur. Maka boleh la Mama mengadap laptop kejap. Nak mencuba sesuatu yang baru. Moga2 diberkati oleh-Nya. Apa itu? Nanti Mama update lagi ye.. ;)

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥