Ahad aritu Ayah cakap ada medical check up kat tempat pengajian dia. Mama pun teruja la sebab selalu nak buat medical check up yang free ni kan tapi asyik la tak jumpa mana tempatnya. Nak gi klinik memang la boleh tapi satu hal pulak nak tunggu giliran apa semua. Leceh.
Pas Zohor tu gi la kami ni berempat. Sampai2 tengok takde pun van klinik kesihatan ke apa kan. Orang ramai2 jela ada. Tu pun orang kampung tu jela.
Rupanya bukan medical check up yang cek jantung, kencing manis, darah tinggi semua tu. Ni rawatan alternatif. Yang ada kat situ rawatan terapi ion yang rendam kaki nak kuarkan toksin tu dan rawatan darussyifa'.
Alahai kalau rawatan camtu tak terfikir dek akal la kan. Malu la pulak nak mencuba. haha. Tah pape je. Yang rendam kaki tu kena bayar. RM10. Rawatan darussyifa' tu free tapi kena ada air kosong.
Mama tak buat apa2 rawatan pun. Tengok orang je. Saja meramaikan majlis. huhu. Mama ngan Bunyamin je masuk dalam tu. Ayah ngan Iman tunggu di luar. Mula2 teringin jugak nak try rendam kaki tu tapi 1st round 5 orang dulu, sekali buat setengah jam, oh malas nak tunggu lama2.
Sebenarnya tempat rawatan tu PASTI. Ada la colour pencil dengan kertas kosong. Mama bagi Bunyamin main sebab masa tu dia dah mula bosan.
Mula2 tu ok la, lama2 dia tuang habis semua pensel tu dengan habuk2 sekali. Adoi, kena la Mama sapu pulak.
Bila dah tak terkawal camtu Mama ajak Ayah balik. Ayah suruh try tapi camne nak try 1st round pun belum habis, anak dah meragam. huhu. Tapi kat luar tu ada bihun goreng, makan dulu la sebelum balik.
Pastu balik rumah tidokan anak2. huhu. Best jugak la aktiviti arini dapat tengok orang buat rawatan kan. Walau sendiri tak sempat buat.. huhu..
0 comments:
Post a Comment