♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Saturday, February 9, 2013

Marhaban

Malam tadi gi marhaban kat umah sepupu Ayah. Anak dia kawen. Ye, sepupu Ayah dah ada cucu bagai sebab Atok anak bongsu. Kelam kabut jugak bersiap sebab nak pergi lepas maghrib katanya. Tapi sampai2 rumah Nenek dorang belum siap pun lagi. pffff..

Lebih kurang jam 8.30 malam kami bertolak. Isi minyak dan solat dulu baru ke rumah kenduri. Sampai2 duduk2, salam2 dulu baru bermarhaban. Eh, Mama tak pandai marhaban, ikut je. hihi..

Nenek : Na kena belajar marhaban la na.
Mama : Taknak la mak. Tak pandai.
Nenek : Belajar la. Sebab lama nak berkecimpung ni.
Mama : Ye mak...

Adeh, mak mertua ku suh belajar marhaban. Oh no.. suara macam katak panggil ujan ni nak bermarhaban? Tang chorus boleh la ku slow2 ikut tapi kata nak solo tu aduhai.. boleh pengsan berkali2.. Tapi takpela, jaga hati ngaku jela kan.. ;)





Sebelum marhaban ni Mama suapkan nasik kat Abang dan Adik dulu. Bagi dorang kenyang2 senang sikit. Teringat masa Iman kecik2 dulu, Bunyamin takde lagi, pernah marhaban kat sini jugak, dah last2 tu Iman buat show, tumpahkan air. huhu.. Anak sape la tu.. Habis sejag air tumpah.

Kali ni lebih hati2. Hati2 dengan Bunyamin pulak sebab dia je yang asek ke hulu ke hilir seronok sangat. Bunyamin tak eran Mama pun. Buat hal dia je. Abang pulak yang asyik atas riba Mama. Mata dah layu, ngantuk. Akhirnya Abang terlena jugak.




Alhamdulillah malam tadi takde kejadian tak diingini. hihi. Takde la sejarah yang berulang. Duk jaga je air sejag tu takut tumpah.


Selesai marhaban, sesi menjamu selera pulak. Tapi Mama tak makan dah sebab tadi dah cubit sket2 masa suap anak2. Sebelum keluar tadi pun sempat makan dah. Abang terus lena je sampai pagi. Bunyamin tidur atas Cik Fiq. Amboi dia tu..


Tapi Bunyamin tak berapa selesa tidur. Kejap2 bangun kejap2 bangun. Mungkin sebab selsema dan batuk menyebabkan dia tak berapa selesa. Masa entri ni ditulis pagi ni, Bunyamin dah tidur lena dalam buai sebab malam tadi tak berapa lena. Boleh la Mama update blog kan..

Cuti panjang ni jalan mana? Kami gi kenduri je kot. Tengah2 bulan ni faham2 jela. huhu..

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥