Oleh kerana aritu tersilap beli beras pulut walaupun asalnya nak beli beras wangi, kena la belajar masak pulut kan. Kol Tok Mama tanya resepi. Senang je masak pulut rupanya.. Nampak sangat 'selalu' masak.. hihi.
Pagi tu sarapan pulut dengan sambal ikan bilis dan ikan bilis goreng. Kalau ada ikan kedera masam atau pekasam lagi best. Tapi dah habis maka ikan bilis pun ok.
pulut + sambal ikan bilis + ikan bilis goreng
Memang best lah. Eh, bukan best sebab sendiri masak sendiri puji. Tapi sebab rasa pulut susu sangatlah sedap ok. Lembut je pulutnya. Tak rugi jugak la tersilap beli pun kan.. ;)
Anak2 makan banyakkk sangat. Abang makan dengan ikan bilis la, letak sambal sket. Adik makan pulut sahaja. Lain macam sket Adik punya selera. Dia makan nasik sahaja, pulut sahaja, tanak lauk. Kalau letak lauk dia luah balik habis kotor baju. ish ish ish..
Petang tu Mama masak lagi. Alhamdulillah menjadi.. Dah pandai masak pulut, yeay.. ;)
2 comments:
kate nk diet atkins...takleh makan pulut..hehehehhe tapi sedap la pula tengok....rasa nk makan je
sis.. ni lama punya citer ni.. masa ni blom diet lagi.. ;) bese la lambat update..
Post a Comment