Takde plan yang confirm. Ada plan, tapi macam teragak2 nak buat. Plannya adalah mengurut. haha. Teragak2 sebab ada la sebabnya. Macam serba salah. Nak pergi macam taknak pergi. Taknak pergi macam nak pergi.
Last2 pergi jela. Tapi cakap dengan Ayah, janji terus jalan2 Mydin. haha. Kampung sungguh. Jalan Mydin pun menjadi satu keseronokan. Yela, tempat kami ni satu masa dulu ada ura2 nak buat Mydin tapi tak jadi atas sebab apa taktau.
Ipoh je paling dekat Mydin nya. Penang pun ada tapi nak melintas laut tu malas dengan jem apa semua. Kawasan dia pun sesak. Kat Ipoh ni nak parking senang, selesa, luas semua la. Maka marilah kita pergi mengurut dan terus shopping kat Mydin. hihi.
Ahad pulak..
Kekononnya pagi2 tu Ayah nak gi tengok tanah dengan kawan dia. Huh, tengok dalam mimpi je kot. Jenuh kejut payah beno nak bangun. Liat ya Rabbi nak bangun tido. Mama pun kadang2 liat jugak bangun tapi sebab anak2 riuh rendah huru hara di luar, baiklah bangun segera sebelum apa2 meletup. haha.
Pastu dalam kul 10.30 camtu kami gi kenduri pertunangan anak ofismate Ayah. Ofismate Ayah tu kira rapat jugak dengan kami. Tu yang kena pergi jugak tu. Kami sampai kira awal la jugak. Perut berkeroncong dah ni sebab sengaja tak makan berat2 pagi2 tu sebab tau rumah ofismate Ayah tu makan sedap2 semua. hihi. Buruk kelaku kan?
Eh, lama gila kot menunggu masa untuk makan. Menunggu rombongan lagi, menunggu perbincangan selesai lagi. Hadoi.. sabo jela.. Kadang2 orang buat tetamu makan dulu, rombongan bincang dulu. So takde la sesak kat situ kan.
Tapi alhamdulillah ok2 je situasi kat situ. Walaupun lapo tahap ketor2 dengan anak2 dah meragam sebab mengantuknya, tetap la jugak menunggu orang reda sikit baru la kami pulak ambik giliran untuk makan.
Balik kenduri terus balik rumah takde melencong ke mana2 dah. Anak2 pun tido dalam perjalanan balik.
Selamat bertunang Nurul.. ;)
0 comments:
Post a Comment