♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Tuesday, June 18, 2013

Kerja Kerja Kerja

Gitu la.. selagi belum mati, kerja kerja kerja jela kita. Kalau yang tak kerja pun, buat kerja rumah kan. Kira kerja la jugak tu. Penamat untuknya hanya MATI sahaja. Bila? Taktau.. Maka marilah kita bekerja seikhlasnya dengan harapan apa yang kita buat tu menjadi ibadah dan saham kita di sana nanti.

Sebenarnya nak membebel di fb. Tapi risau ada yang tersinggung atau terasa hati, maka marilah kita membebel di blog saja. Rasanya tak ramai kot rakan sekerja yang sedar kewujudan blog ini. Maka selamat di situ. Boleh makcik membebel di sini sepuasnya. hihi.

Bukan nak bebel apa. Benda ni dah lama pun dipendam dalam hati. Takde la dalam hati sangat, sebab ada jugak meluahkan kat housemate aka suami terchenta kan. Tapi malas jugak nak merungut pepanjang dengan dia sebab nanti di kemudian hari dia akan pulangkan paku buah kerasnya. 

Menambah tensen bininya ini. Maka kita luah sket2 bagi kurangkan stress saja. Kat sini mari kita cakap lepas je. kih kih. Lawak je..

Kisahnya pasal kerja la kan. Tahun lepas mula terasa sibuk gila dengan kerjaan di sekolah. Macam tak cukup 24 jam dan macam kurang 2 kaki 2 tangan. Astagfirullahalazim.. tak baik kan cakap gitu. Macam tak bersyukur dengan kurniaan dan nikmatNya.

Bukanlah begitu, tu perumpamaan saja. Nak cerita betapa sibuknya Mama bermula tahun lepas la. Dan membawa hingga ke tahun ini. Bukan apa, rasa macam asyik2 naik nama Mama, asyik2 nama Mama.


Kena taklimat sana, mesyuarat sini, kursus sinun. Aduhai.. Mama takde masalah hadiri benda2 tu semua kalau memang ianya khusus untuk Mama. Maknanya memang Mama pegang jawatan tu dan berkaitan terus dengan option ke apa.

Ni yang kena tu boleh je bagi orang lain yang sama2 panitia. Taaaaakkk.. nakkkk jugak Mama pergi. Mama ni dah la jenis tak reti menolak. Susah nak say NO. Terimaaaaa jelaa... pfff...

Macam ada sekali tu, hari Khamis ada taklimat, tup2 dapat surat hari Rabu pun ada taklimat yang lain. Eh, kot2 la yang Rabu tu nak bagi kat orang lain (panitia sama). Takkkk... nama Mama jugak yang naik. 

Sampai Mama macam eh, apa sudah berlaku ni, apsal nama aku je naik ni. Rasa macam panitia ni Mama sorang je ahli ke apa. Rasanya berbulan jugak camtu. Setiap minggu ada je kena gi sana sini. Setiap hari ada je pembantu pejabat mai bilik kami hantar surat.

Sampai Mama macam nak menjerit cakap "STOP, saya taknak pergi". Tapi dalam hati je mampu. Penakut camni tu yang payah. pffff...

Selalunya benda2 camni jadi bahan gaduh laki bini. Ayah selalu bising sebab Mama terimaaaa je apa orang bagi. Cer cakap saya taknak pergi, saya tak boleh pergi. Alahai, memang bukan jenis tu nak buat camne.

Paling tak tahan bila Ayah cakap 'dengan orang takut la tak reti la, dengan sayang melawan'. haha. Maafkan isterimu yang homei ini. Dengan suami kita lain sebab dia kenal kita luar dalam. Dengan orang dia tak kenal kita sangat. Tunggu la mai angin kus kus Mama, habis semua pun kena kot.. haha..

Ya Allah, beriku kekuatan dan ketabahan. Juga berikan toleransi antara kami suami isteri. Mama boleh buat, tapi memikirkan suami dan anak2, tu yang kadang tensen lebih tu. Haih.. dah berapa kali mengeluh dah kan?

Dah la.. malas nak bebel lagi. Kalau nak bebel, sampai esok tak habis. Kerja semua dah selesai. Nak balik dah ni. Esok sampai Selasa depan Mama takde di sekolah. KURSUS. pfff..*ngeluh lagi*


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥