Aku sedih, aku marah.. Sampai satu tahap aku post status di fb yang menggambarkan kemarahan aku. Aku geram dengan seseorang. Tapi pentadbir menambah api kemarahan aku. Baru balik kursus seminggu, takde di sekolah seminggu lamanya.. pun nak minit surat atas nama aku.
Apa dah takde orang lain ke bawah panitia sama yang boleh buat benda tu. Asal nampak je dari SPI ke data ke.. mesti terus nak letak nama aku. Dah takde kerja lain dah ke aku ni. Aku benci tau dak..
Tension tau dak.. Dari tahun lepas lagi asyik aku aku aku. Habis tu orang lain dalam panitia sama tu wat apa? Sedap2 je kan. Takyah keluar sana sini, takyah terkejar sana sini. Dah la latihan sukan ke persiapan sukan ke aktiviti petang ke tak datang. Sedap2 jela hidup kau kan.
Eii aku geram ni tau tak. Last2 aku jugak yang kena hentam balik. Akuuuu jugak yang salah. Mintak tukar sekolah jela camni. Duk sini pun bukan ada orang nampak pun. Jadi halimunan je pun. Penghargaan apa pun tak dapat.
Patutnya kena adil la dalam pembahagian tugas. Bukan berat sebelah camni. Bawah satu panitia ada beberapa orang guru. Kena adil la. Aku mengajar sorang2 je Bahasa Arab. Dari Tahun 1 sampai Tahun 6.
Diorang ada tolong aku ke hal ehwal Bahasa Arab ni? Ada? Dorang punya bahagian aku pun kena terlibat sama. Nak taknak aku kena terlibat. So prihatin la sikit kebajikan orang bawah ni. Jangan la sesuka hati je serah tugas kat kami ni.
Bila dah diminitkan atas nama aku, maka aku la yang kena buat. Belum settle yang ni, datang pulak yang lain membebani aku. Tension tau tak. Urusan rumah dah la memang konfem aku kena buat. Anak2 lagi.
Kalau tak ditukarkan, naik je DG44 aku nak mintak tukar. NEKAD...
0 comments:
Post a Comment