Rasa macam baru je puasa, dah puasa balik kan. Cepatnya masa berlari sekarang ni.
Dari bujang, berdua, bertiga dan sekarang berempat. In shaa Allah kalau ada rezeki tahun depan berlimalah kami.
Meriah kalau anak ramai. Tapi kadang tu stress jugak. Nak tengok tv pun taktau dia cakap apa dek kerana suara anak2 mengatasi volume tu.
Tahun ni rasa lapang pas sahur sebab tiada lagi aktiviti mengepam di waktu pagi. Rindu pulak saat tu. Dulu masa masih aktif mengepam, waktu pagi la yang paling huru hara. Sampai rasa nak terbang bagi cepat sket siap kerja. Huhu.
Hari ni 2 Ramadhan. Kami berbuka di rumah saja. Tak masak pun sebab Mama melepek macam kain buruk.
Amboi, mentang2 dah tak nyusu sepenuh masa, persediaan berpuasa masa sahur semalam biasa2 saja. Sudahnya membawa ke petang tu yang lembik longlai tu.
Dulu masa aktif nyusu anak2, persediaan puasa hebat. Siap blend kurma dengan susu bagai. Air bergelen2 ditelan sepanjang malam. Dulu lebih bertenaga berpuasa berbanding hari pertama semalam.
Ok, dah cukup merepek. Mama ambik kesempatan ni memohon ampun dan maaf. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan diberkati bagi kita semua.
Selamat berpuasa.. ;)
0 comments:
Post a Comment