♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, May 16, 2010

Dalam Usia Sebelas Bulan

~ iman 11 bulan ~


Anak mama dalam usia sebelas bulan

sangatlah baiknya….

banyak kalo nak citer perkara yang iman dah pandai buat

antaranya…

iman dah pandai sebut dua suku kata

contohnya : anak (taknak), ayah, mama, adak (kakak)

iman jugak dah terror naik turun

katil, sofa, meja rendah..

sampai mama risau takut jatuh..


~ terror tak anak mama? ~


alhamdulillah iman memang senang makan

opah pengasuhnya pun cakap seronok bagi iman makan sebab dia nak makan

selagi mama x stopkan, selagi tu nganga aje..

badan pon dah x gedeboh macam dulu

dah susut sikit

tapi gi timbang naik jugak walaupun naik 100 gram aje…

dah pandai tiru cakap org

contohnya orang cakap “aik” dia pon “aik”

tah paham tah idak la iman oii

seperti dalam entri ini, iman jugak rajin tolong mama kemas umah

mama gi mana iman mesti ikut

kalo mama masuk bilik mandi

iman menjerit2 nak masuk jugak

sampai mama kena tahan dengan bakul baju supaya iman tak boleh masuk

sebab bilik mandi umah mama jenis ada jalan sikit sebelum pintu masuk

jadinya baju iman akan kotor kalo iman merangkak ikut situ

sebab tu mama kena tahan

iman dah tau dah kalo mama tahan dengan bakul tu

iman mesti menjerit2 nak masuk jugak tapi x larat tolak bakul besar tu

mama pon kelam kabut la mandi

mama jugak susah hati kalo mama di dapur

iman pon sibuk nak mengemas rak pinggan mama

terutamanya talam sebab dia suka bunyi talam gedegung gedegang bila hempas ke lantai

sakitnya telinga mama sampai kadang2 mama marah iman

tapi iman sengih je..aduhaiii…

mama risau sebab iman dah boleh capai dapur gas mama

kalo ayah ada memang mama sub kontrak kat ayah untuk tahan iman dari masuk dapur


~ tabiat masuk benda dalam mulut masih ada ~


dulu iman pandai angguk aje

tanya apa pun angguk

sekarang dah pandai geleng2

pandai menari sambil kepala geleng2 dan badan goyang2

iman suka menari kalo mama nyanyi lagu “kain pelekat” nyanyian anuar zain masa kecik2…

kalo dalam kereta mama la orang paling sibuk

sibuk sebab iman pun sibuk nak capai tu capai ni


namun begitu ada jugak beberapa perangai iman yang masih maintain

antaranya...

masih meleleh air liur

apa lagi yang mama teringin masa ngandungkan iman tah

seingat mama buah dokong tapi dah bagi kat iman

tapi air liurnya dok camtu jugak

masih suka masukkan benda dalam mulut

sampai seterika pon nak masuk dalam mulut…nasib baik sejuk…

fuhh...letih dan mencabarnya jadi mama iman ni..

tapi iman jugak la penawar hati mama

hilang segala penat lelah dan tekanan kerja bila melihat gelagat iman

mama masih tak puas2 cium iman walau usia iman dah 11 bulan...

iman membesat jadi anak soleh ye sayang...

mama sayang iman...




Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥