♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, July 14, 2010

Impian

Salam semua..

hari ini Mama free pagi
rasanya nak sembang2 kosong jela kat sini
rasanya Mama nak share impian MamaOnion Icons dengan rakan2 semua

sebenarnya ada banyak impian dalam hidup Mama
biasa la.. semua orang ada impian sendiri kan
rasanya impian Mama ni takdela mencapai tahap sukar untuk digapai
takde maknanya Mama nak bermimpi kawen anak raja haih...Onion Icons

boleh dikatakan dalam usia 26++ tahun ni
kebanyakan impian Mama telah tercapai

masa di alam persekolahan dulu
impian Mama ialah untuk melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang tertinggi

selepas UPSR... keputusan takyah citer la yer..huhu..
Onion Emoticons
Mama masuk Kelas Aliran Agama je
di sekolah harian biasa
tapi Mama tinggal di asrama
walaupun impian ke SMKA tak tercapai
tapi Mama menyimpan impian
agar dapat menyambung pengajian di SMKA
selepas PMR pula

alhamdulillah Mama berjaya mencapai impian tersebut
keputusan nak tau ker?Onion Emoticons
takyah la erk... hehe..
masa ni Mama menanam impian nak melanjutkan pengajian ke UM
wahh.. state terus U mana tu..
memang Mama minat nak sambung di UM
isi borang UPU zaman dulu semua manual..takde online2 cam skarang
1st, 2nd, 3rd choice is UM
punya la nak UM
dulu2 ada 5 choices jer
tak macam skarang ada 8 choices

Mama dapat offer jugak
tapi tak dapat ke UM seperti yang diimpikan
Mama dapat UiTM dalam jurusan banking
di terengganu
fuyyoo.... banking tuhh...
mampu kah Mama?

masa tu Tok Mama & Tok Abah tak izinkan Mama furture study ke sana
Tok Abah suruh Mama masuk form 6
wahh.. masa tu memang sedih dan tak teruja langsung nak masuk form 6
dah la semua orang dah start belajar
MSN Onion Emoticons malu nak masuk kelas baru
tapi alhamdulillah la classmate semua adalah schoolmate sek lama
rasa macam duk sekolah lama la pulak
sampai adik2 junior sekolah baru sakit ati dan bengkek jerMSN Onion Emoticon nengok kami
wat-muka-x-malu-macam-dah-lama-jer-sekolah-situ
wahahaha....

tapi Mama sekolah situ tak lama
dalam sebulan ajer..
psstt... dalam sebulan tu la titik tolak permulaan hubungan Mama & Ayah..
boleh baca ENTRI ni...

berkat ikut cakap Tok Abah & Tok Mama
alhamdulillah Mama dipanggil masuk ke UM
walaupun 2nd in take
tapi Mama bersyukur sebab impian tercapai

masa di UM impian Mama nak cepat2 habiskan studyOnion Icon
nak apply KPLI
nak jadik cikgu
huhu...

alhamdulillah Mama berjaya tamatkan pengajian
dalam menggenggam segulung ijazah dalam tangan
sangat lega MSN Onion Emoticon dan berbangga Onion Icon
sebab berjaya menggembirakan hati Tok Abah & Tok Mama
Mama ingat lagi
di hari konvokesyen Mama
Tok Abah & Tok Mama menangis dan memeluk Mama
ketika Mama keluar dari dewan selepas tamat istiadat konvokesyen
air mata gembira... Onion Emoticons
itulah hadiah paling bermakna dalam hidup Mama
kegembiraan Tok Abah & Tok Mama...

selepas tamat study
Mama apply KPLI
wahh.. memang nak warisi kuturunan chekgu chekgi nih..

alhamdulillah dapat
agaknya Mama ni memang jenis apply-yang-lain-dapat-yang-lain kot
kali ni Mama dapat KPLI j-QAF walaupun Mama apply KPLI Pendidikan Islam
takpela.. itu adalah jaaaauh lebih baik daripada tak dapat langsung kan

yang best lagi Mama dapat sekolah yang dekat dengan rumah
confirm dok dengan Tok Abah & Tok Mama laa
takyah pening2 kepala cari umah sewa bagai...

masa ni baru la boleh dapat green light nak bertunang
pastu kawen..Onion Icon
dah kawen impian nak ada baby lak
lama jugak Mama nak get pregnant tuh
pas 5 bulan kawen baru la pregnant
alhamdulillah... akhirnya Mama dikurniakan juga zuriat...MSN Onion Icon

setakat ni banyak dah impian Mama tercapai
MSN Onion Icons
hidup Mama pun dah terasa serba lengkap
Mama ni bukanlah jenis high teste sangat
tapi tak la nak kata simple sangat
sedang2 saja...

pas dah ada baby boy tentu la nak baby girl lak
insya-Allah ada rezeki nanti Mama mesti update
hehe...

sekarang impian Mama
nak abeskan utang piutang ku yang keliling badan pinggang
nak kumpul duit dalam tabung haji nak gi haji
kalo boleh nak gi dengan Tok Abah, Tok Mama, Atok & Nenek
nak biz betul2 skarang ni main2 kah?
pastu nak beli rumah sebijik

nak jadik isteri solehah...
Mama yang penyayang, penyabar, bijak..
guru yang berdisiplin dan berdedikasi...
hamba Allah yang bertaqwa...

itu sajalah impian Mama sekarang
apa yang ada dalam hidup Mama sekarang dah cukup membahagiakan Mama

alhamdulillah...
syukur pada-Mu ya Allah...
MSN Onion Emoticon


Yang Ini Pun Best



2 comments:

zurazari said... [Reply to comment]

sajer nak share... jalan citer yg hampir samer ngn sy... cumer nyer, sy apply kpli tp tak dapat..=( apply dpli pun tak dapat=(
sekarang just kejer swasta... tak tau maner silap nyer...=( rejeki Allah=) exchange link nak tak?

mamaiman said... [Reply to comment]

yeke zurazari?
jalan citer yg mana yg hampir sana tuh?
tang kpli ker atau tang mana?
hehe..
ok..jom exchange link..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥