Salam sejahtera...
arini takde idea nak update blog
Mama godek2 terjumpa puisi nie..
best jugak..teringat kat ayah...
jom baca...
Puisi sang suami
Isteriku,
jika engkau bumi, akulah matahari
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu.....
Relakanlah aku menyinari planet lain
menyampaikan faedah adanya aku
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...
Balasan Puisi sang isteri
Suamiku,
andai kau memang mentari
sang surya yang memberi cahaya
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!
please lah...!!!
Nota Mama : hehehe.. lawak kan???
2 comments:
memacam alasan klu lelaki nie nak kawin lagikan...
heheh..biasa la tuh kak..
kalo saya izinkan aje..
tapi dgn 2 syarat :
1) mesti tua dari saya
2) ada pendapatan kukuh yang melebihi pendapatan saya
hah..syarat ala2 tanak bagi jerk..huhu...
Post a Comment