♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Monday, January 10, 2011

Majlis Persaraan Pn Zainah, PK1 SK Jelutong 1976-2011

Jika hari ini banyak blog sibuk bercerita pasal AJL 25 semalam, yang rata-rata kecewa dengan keputusan juri, tapi Mama malaslah nak ulas pasal AJL sebab pada pendapat peribadi Mama, AJL sekarang dah takde umphh macam dulu2 dah. Hehe..

Yang sebenarnya hari ini melakar sejarah di sekolah Mama di mana PK Pentadbiran kami, Pn Zainah bt Ahmad bersara daripada perkhidmatan kerajaan pada usia 55 tahun, awal setahun daripada tarikh bersara wajib beliau.

Maka kami pun mengadakan majlis meraikan persaraan beliau. Mama agak sebak juga melepaskan beliau pergi kerana beliau merupakan 'bos' Mama. Hehe.. Yela, Mama kan setiausaha ko-kurikulum. Sebelum ini beliau memegang jawatan PK Ko-kurikulum. Setelah persaraan mantan PK Pentadbiran kami, Pn Hjh Mariah pada September 2010 lalu, beliau ditawarkan menjadi PK Pentadbiran di sekolah yang sama.

Tahun lalu beliau dah memohon bersara awal iaitu pada 1.1.2011. Pada mulanya diluluskan, pastu tah camne tak lulus pulak. So beliau meneruskan khidmat seperti biasa hinggalah pada 5.1.2011 lalu sekolah dapat faks daripada JPN menyatakan persaraan beliau diluluskan bermula 1.1.2011. Maknanya kehadiran beliau pada 3, 4 dan 5.1.2011 adalah dikira sebagai sumbangan sahaja tanpa diberi ganjaran. Namun di atas kemurahan hati beliau, beliau tak kisah memberi sumbangan di akhir2 perkhidmatan beliau.

Hari ini kami meraikan beliau dalam satu majlis gilang gemilang dan meriah walaupun disulami dengan rasa sedih dan berat hati melepaskan beliau. Beliau merupakan seorang guru dan rakan sekerja yang sangat penyayang, lemah lembut, berjiwa keibuan, rajin, bertoleransi dan sebagainya. Mudah bekerja bersama beliau.

Gambar-gambar di bawah adalah sekitar majlis tadi.

backdrop yang comel
bunga2 menepati citarasa yang dirai
siap dengan bunga manggar




bacaan doa dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Halim
Khamis ini majlis persaraan beliau pula
hilanglah ustaz kami lepas ni...

 pentadbir, guru2 dan tetamu
ada lagi guru2 lain tapi sibuk bersiap itu ini sementara majlis berjalan di dewan

 murid2 yang sikit..hehe..
tengok jari kat mulut
bising2 kena buat camni la baru senyap sikit
sikittt jerr...
kena ada yang tercongok kat tepi baru senyap betul2...


 sebahagian hadiah

 yang diraikan di atas pentas


pesanan terakhir buat anak didik beliau 

persembahan murid 

sesi bersalaman dengan murid-murid 



 sesi bersalaman dengan guru-guru





orang kuat sekolah kami
GB, PK 1, PK HEM
yang kat bawah berjubah oren PK Koku


 bergambar kenangan bersama guru dan kakitangan

 lambaian terakhir insan pendidik
sambil direnjis bunga rampai oleh murid-murid
murid ada yang menangis woo..



kereta ngalah kereta pengantin 



senyuman dalam kehibaan

diiringi murid-murid yang mengasihi beliau


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥