♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, March 11, 2011

Akhirnya Siap Jua...

Malam ni Iman tidur awal. Mungkin sebab petang tadi tak puas tidur kat rumah Opah, Mama dah datang ambik Iman. Nak tidurkan semula konpem la susah kan. So sengaja Mama biarkan Iman main selerakkan rumah sengsorang dia petang tadi. 

Malam dah serba tak kena. Nak itu nak ini. Biasanya kalo camtu gayanya tanda dah mengantuk la tu. Siap dah berak ape semua, minum susu pastu tidur dalam buai. Lega Mama Iman dah tidur. Sebab macam2 nak buat malam ni cadangnya kalau Iman tidur awal. Kalau Iman masih berjaga jawabnya memang buat yang penting2 untuk nak gi kerja esok jela.

Alhamdulillah akhirnya tugasan yang diberikan kepada Mama berjaya juga dilaksanakan. Bukanlah tugasan apa, kan Mama ada cerita Pak Long Iman (abang sulung Ayah) nak bertunang Sabtu ni. Mama ditugaskan menyediakan bekas hantaran.

Barang2 nak buat semua dah beli dah aritu masa Mama dan Ayah cuti check up ASD Iman. Cuma masa yang betul2 selesa nak mengadap kerja2 tu je belum ada. Risau jugak Mama sebab harinya dah makin dekat. Minggu ni pulak macam biasa, masih sibuk.. sibuk dan sibuk di sekolah. Petang tadi lak ada LADAP. Balik tu memang dah penat dan ngantuk sesangat. Sempat la tidur kejap merehatkan diri memandangkan diri sendiri ni tak macam orang lain kan. Kena la jaga jugak kesihatan walau sibuk camne pun.

Eh, melalut pulak Mama ni. Berbalik cerita asal, pasal hantaran. Sebenarnya takde la banyak mana pun bekas kena sediakan sebab majlis bertunang je kan. Cuma nak kena sediakan bekas nak letak baju nikah, buah-buahan dan bekas cincin je.

Mama dah plan nak guna bakul saja sebab rasanya bakul lebih mudah nak hias. Mama takut jadi camni la, masa nak buat tu terhad. Kalau nak tolak rasa tak best pulak sebab nanti masa kenduri kawen memang Mama tak boleh nak tolong apa2 dah sebab dalam pantang. Time ni la pun nak tolong sekadar termampu. Lagipun memang dah menjadi minat Mama hias2 bekas hantaran ni. 

Dulu masa Achik Ihsan Iman (adik Ayah) kawen pun Mama yang buatkan bekas hantarannya. Tapi Mama lupa nak snap gambar beria2. Cuma yang ada gambar ni lah, masa kenduri tu. Banyak jugak kena buat masa ni sebab hantaran kawen kan... 

temanya hijau.. Mama pilih hijau lumut, bunganya krim
modal semua sekali lebih kurang RM100.. 
yang ni Mama sponsor.. 
buat sendiri lebih jimat kan... ;)

Tapi masa ni Iman tecit lagi, memang sonang koje Mama. Dia tidur je Mama boleh buat, kalau dia bangun pun dia baring je main2 sebelah Mama sambil Mama buat hantaran ni. Kalau sekarang...... ;)

Ok, jom la kita tengok hasil kerja tangan Mama yang tak seberapa ni. Modal lebih kurang RM70. Kira mahal jugak sebab bekas cincin tu beli siap. Kalau buat lebih murah. Yang ni tuan empunya diri yang nak bertunang keluar modal. Hehe...

Syukur sangat akhirnya siap juga. Tapi siap bekas jela dulu sebab isinya Mama belum ambik kat rumah Nenek. Cincin letak masa nak pegi tu la kan. Buah pulak katanya nak dibeli pagi Sabtu tu.

bakul bekas hantaran
satu nak letak kain baju nikah
satu nak letak buah-buahan...


bakul dan bekas cincin
bekas cincin ni beli je.. sonang.. hehe..
tapi Mama akan hias lagi bahagian luarnya..kalo tak simple sangat kan..
nanti update.. ;)

jom zoom in sket bunganya
plan asal nak letak bunga plastik tu
hias sendiri la bunganya kan
pastu takut tak cukup masa, beli je la bunga dah siap...
letak daun paku pakis sket menambah dekorasinya...

bekas cincin yang beli siap
nak buat pun boleh tapi biasa la..
takut tak sempat.. takut tak sihat..
comel kan.. ada topi... ;)


Selesai semuanya, rasa lega sangat. Insya-Allah esok nak gi ambik isi nak letak dalam bakul tu. Dah siap sepenuhnya nanti Mama update lagi... ;)

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥