♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, December 9, 2012

Bunyamin

Aritu ada buat entri pasal MIMPI Ayah. Tak disangka malam tu terpahat sejarah pahit buat Mama. Sesuatu yang belum pernah dilalui seumur hidup; berlaku malam itu. Dan mimpi Ayah itu buat Mama risau melampau.

Gini kisahnya. Pagi tu Mama tugas di sekolah. Tinggalkan anak2 dengan Mak Njang dan Achik Anna. Balik sekolah tengok2 Bunyamin demam. Ubat demam aritu masih ada, bagi jela ubat tu. Bunyamin merengek je tanak siapa2 selain Mama.

Sepanjang hari Bunyamin merengek. Makin malam makin menjadi2 rengekannya sampai nak berdukung saja. Malam tu Bunyamin tidur sekitar jam 11.00 malam selepas penat merengek. Tapi tidurnya tak lena. Walau mata terpejam tapi masih merengek. Dalam mengantuk tak tertahan tu Mama menyusukan Bunyamin dengan harapan Bunyamin semakin tenang dan demamnya makin surut.

Tak lama pastu Mama nampak Bunyamin sedikit tenang, lalu Mama masukkan dalam buai supaya dia dapat tidur lama. Jarang Mama tidurkan Bunyamin dalam buai waktu malam. Cuma malam tu niat di hati nak tenangkan dia.

Mama enjut buai sekali, dua.. pastu Mama nampak Bunyamin lain macam dalam buai. Bunyamin ni kalau demam dia suka tergeleng2 kepala atau terangguk2 kepala. Mama pun taktau kenapa Bunyamin begitu. Tapi setiap kali dia buat camtu Mama akan pantau sebab takut jadi apa2.

Bila Mama tengok Bunyamin lain macam begitu, Mama bangun tengok. Terkejut Mama tengok Bunyamin dah kejang. Kena tarik sawan. Sepantas kilat Mama angkat Bunyamin dan kejutkan Ayah. Masa Ayah pegang Bunyamin, Mama kejutkan Tok Mama dan Tok Abah.

Nasib baik la Tok Abah dan Tok Mama takde sakit jantung, kalau tak taktau la. Sebab Mama kejutkan dorang tu dalam keadaan tergesa2. Memang dorang terkejut masa Mama kejutkan tu. Tambah terkejut bila Mama bagitau Bunyamin tarik.

Tok Abah bingkas bangun dan dukung Bunyamin. Masa tu hanya Allah je tau hati Mama camne. Hanya fikirkan camne nak bagi Bunyamin ok balik. Tok Mama suruh jirus air. Cepat2 Mama ambil air dan jirus kepala Bunyamin kat tengah2 dapur tu jugak. Banjir dapur Tok Mama. 

Masa tu Mama hanya nampak Bunyamin saja. Dah tak nampak orang lain. Dengar jugak Tok Abah cakap jangan jirus lagi dah takut Bunyamin lemas tapi rasa tak boleh nak kawal diri. Mama jirus 2-3 kali. 

Keadaan Bunyamin masa kena tu, mata terbeliak ke atas, kancing gigi, tangan kejang ke sisi, kaki kejang ke bawah, badan keras, mulut tak berbunyi apa2. Mama mana tak risau tengok keadaan anak begitu.

Airmata ni jangan cakap la. Macam meraung pun ada kot. Mulut Mama tak henti2 sebut nama Bunyamin. Tok Abah lak tak henti sebut Allahu Akbar.

Takut kehilangan Bunyamin, takut jadi pape, takut baby secomel Bunyamin jadi pape, takut itu takut ini.. Nauzubillahi min zalik...

Tak lama pastu Bunyamin kembali ok. Cuma badannya lembik macam kain buruk. Longlai je. Lembik selembik-lembiknya. Mama bukak baju Bunyamin yang basah, balut dengan tuala dan cuba menyusukan Bunyamin.

Tapi Bunyamin terlalu lemah untuk menyusu. Hanya mampu menangis dan terus menangis, sampai la ke bahagian kecemasan Hospital Taiping. Masa kat kecemasan tu, Bunyamin diberi nebulizer 3 kali, masuk ubat turunkan suhu ikut bontot. Masa tu suhu Bunyamin 40'. Sangat tinggi!

Masa neb tu Bunyamin masih menangis2. Lepas neb kali pertama Bunyamin dah boleh menyusu. Masa tu syukurnya Mama tak terhingga. Dengan Mama2 sekali duduk atas katil kecemasan tu. haha.

Bila Bunyamin dah beransur stabil, baru la boleh beri tumpuan pada keadaan sekeliling. Nurse dan doktor situ semua geram dengan ketembamam Bunyamin. Selain daripada itu, dorang geram jugak tengok Bunyamin pakai seluar yang dibuat daripada kain pelekat. Bayangkan baby pakai kain pelekat, siapa tak geram kan. Tapi sebenarnya bukan kain, itu seluar, Tok Mama yang belikan di Pasar Payang, Terengganu.

Bunyamin terlena akhirnya setelah sepanjang malam
keletihan dengan macam2 pengalaman baru baginya

Akhirnya Bunyamin kena masuk wad untuk pemantauan susulan. Pagi itu di wad Bunyamin ok sangat. Dah tak demam, dah takde lelah. Makan nasik lemak Nenek bawak, tambah lagi dengan bihun goreng menu hospital pulak.

Juga aktif main. Banyak berdiri daripada duduk. Siap tarik wayar yang dekat2 katil lagi. Sampai Mama kena letak jauh2 sikit wayar semua tu. Tengahari tu family Ayah datang melawat. Pelawat tak boleh masuk tapi Bunyamin boleh dibawa keluar. 

Seronok je Bunyamin main dengan sepupu dan abangnya. Seronok tengok orang yang dikenali berada di sekeliling. Lama jugak dorang datang. Pakcik2nya dari Ipoh dan Kuala Kangsar pun balik semata2 nak tengok Bunyamin. Semua pun terkejut dapat berita Bunyamin masuk spital.



akhirnya Bunyamin nak juga neb
baru la aman Mama nak snap pic

Sementara dorang ada, Mama ambik kesempatan solat Zohor dulu. Boleh dorang tengok2kan Bunyamin sementara Mama nak solat. Nenek siap bekalkan nasik. Best je rasa walaupun lauk sardin. Tetap sedap dari lauk spital. *ops..*

Pas semua orang balik, Bunyamin masuk wad balik. Main2 dan tidur. Masa tidur tu nafasnya mula berombak balik. Risau Mama sebab doktor cakap esok dah boleh balik sebenarnya. Itu berdasarkan kondisi Bunyamin pagi tadi. Tengok petang tu dia dah mula batuk semula, nafas laju dan mula merengek tanak main sangat dah.

Aduhai, hati dah mula risau semula. Jangan la camni dik. Baik la cepat. Risau Mama. Doa banyak2 keadaan Bunyamin makin ok. Bagitau nurse kot2 la nak sambung balik oksigen atau neb tapi keadaan Bunyamin masa tu masih belum memerlukan kedua2nya.

Petang tu family Mama pula datang melawat Bunyamin. Masa ni Bunyamin dah mula kurang main. Merengek je. Sekali lagi Mama ambik kesempatan tunaikan solat Asar semantara ada yang jaga Bunyamin.

Malam tu keadaan Bunyamin makin kurang memuaskan. Nafas laju dan asyik batuk. Nurse cakap mungkin jangkitan sebab duk luar lama sangat tadi. Aduhai.. Dah la nak makan ubat jenuh. Nyaris2 nak bagi ubat melalui drip tadi tapi Mama merayu jangan lagi, Mama akan cuba beri ubat syrup sebab kalau ikut drip konpem takleh kuar lagi la. Kena tahan selama 5 hari untuk habiskan antibiotik tu. Last2 kena la paksa Bunyamin makan ubat. Terpaksa..

Esoknya Bunyamin masih begitu. Last2 nurse terpaksa sambung oksigen nak bantu Bunyamin bernafas. Masa tu oksigen Bunyamin 93-94 je. Dah sambung oksigen baru la naik 97-98. Aduhai anak.. Masa tu hati Mama kuat mengatakan memang takleh discaj la jawabnya. Tengok2 memang betul la doktor tak bagi discaj.



Bunyamin mula batuk dan nafas laju kembali
kena sambung oksigen untuk bantu bernafas

Tapi Mama mohon discaj jugak petang tu. Sementara tu keadaan Bunyamin akan dipantau la. Sedih melihat susahnya Bunyamin nak bernafas. Badannya terasa panas. Ingatkan demam dah tapi cek suhu ok je, tak demam cuma hampir2 nak demam la. Terus Mama bagi Bunyamin mandi bagi sejuk sikit badannya.

Petang tu discaj juga akhirnya. Doktor berat hati nak lepaskan Bunyamin tapi Mama nekad. Sebab kat wad tu Bunyamin tak boleh bergaul dengan budak2 lain. Budak sekecil Bunyamin tu mana la reti nak duk atas katil je. Banyak kali jugak Mama dukung Bunyamin round2 sekitar wad sebab dia jemu duk atas katil. Mama risau duk lama2 nanti lain pulak jadinya. Sebab paru2 Bunyamin memang dah dijangkiti kuman dan sangat sensitif.

Baiklah balik rumah dan teruskan ubat yang doktor bagi tu. Sokongan keluarga juga penting demi memastikan Bunyamin kuat nak lawan sakit dia tu. Lagipun ramai boleh tolong tengokkan Bunyamin. Mama risau Mama sendiri yang tak kuat sebab Mama nak kena jaga keluarga. Kalau Mama jatuh sakit memang huru hara keluarga.

Masa kat wad pun Mama sentiasa ingatkan diri bahawa sila jaga kesihatan sendiri juga sebab nak jaga keluarga. Oleh sebab itu Mama mandi dua kali sehari di wad. Curi2 la masa nak mandi, gi tandas, solat, makan. Sebab jaga Bunyamin sendirian kan. Syukurlah ada juga yang dikenali iaitu jiran sebelah rumah Opah pengasuh Bunyamin. Dia pun jaga anak sakit. Anaknya demam tinggi dan tarik macam Bunyamin juga. Banyak jugak la minta tolong dia tengokkan Bunyamin sementara Mama nak mandi, gi tandas atau solat.

O ye, balik rumah Tok Abah dulu sebab Mama belum berani duk rumah sendirian dengan anak2 je. Seminggu juga di rumah Tok Abah. Akhirnya Bunyamin pulih sepenuhnya. Syukur ya Rabbi. Bila Bunyamin dah sembuh sepenuhnya baru la kami sekeluarga pulang ke rumah sendiri. Home sweet home. Biarlah rumah kami kecil saja, sewa pulak tu, tapi bahagia berada di rumah sendiri. Pulang membawa pengalaman berharga..

Bunyamin sayang Mama..
Jangan begitu lagi tau. Mama takut. Fobia rasanya bila anak demam. Mama doa banyak2 moga kamu dan abangmu sihat2 sahaja selamanya. Mama sayang Bunyamin; juga Abang Iman. Lega rasanya melihat kamu sudah aktif sepenuhnya. Bahagia melihat senyuman dan telatahmu. Sihat selalu ye anak2 Mama...

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥