Happy 59th Birthday Abah...
Arini merupakan hari lahir Abah a.k.a. Tok Abah Iman
yang ke 59..
pada hari lahir Abah ni
Mama nak citer sikit tentang Abah Mama
Tn Hj Abdul Manaf bin Saad
Abah seorang lelaki yang penyayang dalan ketegasan
Abah sangat menyayangi isteri, anak, menantu
dan of course la cucu-cucunya
ketika kami kecil2 dulu
Abah memang tegas dan garang
kalau Mama suruh boleh wat2 malas lagi
tapi kalau Abah panggil / suruh wat sesuatu
kejap je dah terpacak depan Abah
kejap je dah siap kejenya...
Abah dulu merupakan seorang guru biasa
yang dihargai perkhidmatannya dengan kenaikan pangkat
menjadi penolong kanan
kemudian guru besar
Abah memang seorang yang komited dan dedikasi dalam kerjayanya
walaupun Mama ni anaknya
namun Mama kagum dengan sikap Abah dalam kerjaya
kalau pergi kerja memang awal
menjadi guru besar yang sangat disayangi dan disegani
bukan saja oleh guru2 dan kakitangan
juga disayangi oleh murid2...
majlis meraikan persaraan Abah pun
dilaksanakan secara besar-besaran
2 kali lak tu..
sekali bersama murid - tema biru
sekali lagi bersama PPD - tema hijau...
abah ketika majlis persaraan bersama murid
SK Kg Tua
yang dirai
murid2 bagi hadiah
salam maaf dan terima kasih
bukti Abah cukup disayangi murid, guru & kakitangan sekolahnya
diarak macam pengantin ketika majlis persaraan bersama PPD
siap bunga2 manggar gitu
yang dirai & tetamu kehormat
yang diraikan atas pentas
macam pengantin lak kan..
ucapan terakhir Abah sebagai GB
panjang & padat dengan nasihat & panduan
pertama kali Mama mendengar ucapan Abah sebagai guru
sebab Mama dulu sekolah tak sama dengan Abah
kami hanya berlima
achik ana iman takde sebab baru daftar masuk maktab
sian..selalu takde kan..hehe..
itu cerita kerjaya Abah
kalau nak cerita Abah sebagai ketua keluarga pon
Abah memang best..
dulu2 Mama (Tok Mama) sekolah petang
kami semua sekolah pagi
bila petang Mama memang takde di rumah la
tiap2 petang Abah bawak kami jalan2
kat Taiping Lake Garden
ada la tempat2 feveret kami
bukit huruf.. batu buaya..
memang seronok..
bawak bekal air oren dalam bekas KFC yang dapat free..
hehe..
sebagai Tok Abah memang takyah citer lagi la..
cucu-cucu sangat manja dengan Abah
baca jela ENTRI ni...
pastu Abah suka bawak keluarganya bercuti
dulu masa kami kecik2..Abah pun muda lagi..
tiap2 tahun kami akan ke KL
di sana ada adik beradik Abah..
sambil melawat dorang..sambil jalan2 KL..
pastu suka gi picnic..
kat laut la..kat air terjun la..
PICNIC kami bertiga baru2 ni pun
gi laut yang family Mama suka gi dulu..
sebenarnya banyak lagi tentang Abah yang nak dikongsikan
tapi rasanya ni pon dah boleh menggambarkan
bahawa Abah adalah seorang lelaki
waja, cekal, tegas, penyayang, rajin
sempena hari lahir Abah ni
doa kami :
moga dipanjangkan umur
dimurahkan rezeki
dikurniakan kesihatan yang baik
menjalani hidup nan bahagia...
0 comments:
Post a Comment