O, ye.. tadi siapkan soalan ujian untuk murid2 pas bukak sekolah nanti. Minggu sebelum cuti aritu dah siapkan yang tahun 2 dan tahun 3. Tahun 1, 4 dan 5 belum siap sebab silibus baru, so kena beli buku latihan dulu nak copy, cut n paste je. Hehe..
Dalam cuti ni la cadang nak buat. Memang kena buat pun sebab bukak sekolah nanti dah kena submit kat PK 1 untuk difotostat. Alhamdulillah dah siap semua. Tinggal nak murnikan serba sikit je lagi. Tu takpe, masa Iman jaga pun insya-Allah boleh buat. Ni nak gunting sana gunting sini, lekat sana lekat sini, kalau dengan Iman jawabnya dia la tolong gunting dan tampal. Hehe..
Malam semalam kami tidur kat rumah Tok Abah. Plan asalnya Mama nak stay rumah Tok Abah je masa cuti ni. Tapi disebabkan banyak perkara memerlukan Mama berada di rumah, semalam la baru berkesempatan berlama2 sikit di sana.
Sebelah pagi Mama dan Iman rehat2 saja di rumah Tok Abah. Oleh kerana rambut Iman dah panjang, Tok Abah buat projek menggunting rambut Iman la pagi tadi. Iman suka dan duduk diam2 saja bila Tok Abah gunting rambutnya.
muka budak baru bangun tido
sebelum rambut digunting
bukak baju dulu sebelum gunting rambut
behave je kan.. ;)
Pas gunting rambut, Iman mandi dengan Achik Ana. Tapi Mama lupa lak nak snap gambar Iman selepas rambut digunting. Nanti2 la Mama snap ek..
Tengahari dapat panggilan telefon daripada Atok memberitahu Pak Long nak kena operate pulak. Aisy..macam2.. Memang niat di hati nak ziarah tapi takde kenderaan sebab Ayah gi kerja bawak kereta. Last2 petang baru kami keluar naik kereta Tok Mama. Tapi Pak Long dah balik rumah dah sebab minor surgery saja. Nak buang ketumbuhan/isi lebih di dadanya saja.
Alang2 dah keluar kan, Mama, Iman dan Achik Ana singgah cosway jap nak beli ironing aid yang dah kehabisan di rumah. Guna ironing aid ni memang best sebab baju mudah diseterika pastu bila pakai susah sket nak kedut. Biasanya Mama guna pada baju Ayah saja sebab buruk benor rasanya kalo baju kerja lelaki kedut medut kan. Baju Mama yang jenis kain cotton viskosh tu Mama pakai la ironing aid tu sebab kain jenis tu dah iron pun still berkedut sket2. Kecuali jika guna ironing aid tu. Cubalah... ;)
ironing aid cosway
RM6.50 kalau tak silap
kalau beli 2 free 1
Mama rembat 4 botol terus sebab memang nak guna kan..
free 2 botol.. ;)
Sempat jugak Mama beli bekas ubat. Bolehlah Mama simpan bekalan vitamin Mama masa nak ke sekolah kat dalam ni. Sebelum ni Mama letak dalam botol susu Iman je. Hehe.. Masa ngandungkan Iman, Mama ada beli bekas ubat camni jugak. Avon punya. Warna merah. Tapi dah ke mana menghilangnya. Hilang dalam simpanan... ;)
bekas ubat cosway
RM 4.80 je..
Pastu Achik Ana nak beli kasut lak nak pakai praktikum minggu depan. Singgah jap The Store. Sempat beli album gambar nak letak gambar persaraan Pn Zainah. Beliau minta Mama tolong cucikan. Sudah semestinya la eoe online jadi pilihan Mama kan. Dah lama dah siap tapi dek kerana kesibukan, tertangguh2 nak bagi kat beliau.
album ni old skool sket tapi kelihatan eksklusif
sesuai la nak letak gambar persaraan kan
RM20.90
dua album ni Mama cadang nak letak gambar Iman
dah cuci setakat Iman 4 bulan... ;)
Sempat jugak tengok2 baju baby kot2 ada diskaun kan. Tapi tak beli pun sebab jantina belum tau kan. Nak beli yang universal pun.. erm.. erm.. nanti la beli dengan Ayah la senang. Masa Iman dulu time2 camni dah beli siap semua. Seingat2 Mama 2 kali je kot shopping barang baby. Pastu dah tak beli dah sampai bersalin. Pas habis pantang pulak baru Mama shopping baju2 Iman. Nape tah, masa tu memang Mama beli baju semua baju lelaki. Naluri seorang ibu kot...
Malam pas Isyak kami gerak balik rumah. Singgah rumah Nenek ziarah Pak Long. Pak Long ok2 aje, alhamdulillah... Duk kejap aje sebab Iman dah ngantuk, Ayah dah ngantuk. Mama je blom ngantuk. Lagipun esok kan cuti...
Wah, agak panjang cerita hari ni ye.. Nanti Mama cerita lagi, cerita hari esok pulak.. ;)
0 comments:
Post a Comment