Sementelahan ada rezeki lebih, Mama dan Ayah belikan Iman motor! Wah..wah..wah.. Baru 1 tahun 10 bulan dah ada motor sendiri ye Iman...
Sebenarnya dah lama Mama minta Ayah belikan basikal untuk Iman. Sebab Mama tau Iman suka naik basikal. Kalau pergi rumah Kak Aisyah, sepupunya.. bukan main lagi dia dengan basikal kakak. Tak berenggang langsung dengan basikal kakak.
Ala..basikal yang roda 3 tu. Cuti aritu singgah la kedai basikal yang berhampiran dengan rumah kami. Banyak pilihan yang ada sebab kedai tersebut memang besarrrr...
Mulanya Mama tengok2 basikal yang macam Kak Aisyah punya tu la. Tapi Mama tengok Ayah sibuk tanya2 harga motor yang jenis pakai bateri tu.
Dalam hati, 'aih, Ayah ni nak beli motor ke kat Iman?' Tapi dalam hati jela. Takde la pulak nak bertanya kan. Mama tak kisah camne pun. Murah ke mahal ke asalkan ada la sebuah untuk Iman.
Ada banyak pilihan. Ada yang besar dan ala2 motor polis, ada yang kecik, warna pun macam2. Pilih2 punya pilih, berkenan la dengan sebuah motor bateri ni. Sederhana besar. Tokey kedai tu suruh Iman cuba. Iman tak takut, terus naik. Ayah ajar cara nak tekan pedal minyaknya.
Bila Iman tekan berdesup perginya. Iman pegang sebelah tangan je. Nasib baik tak jatuh. Pastu Ayah ajar pegang dengan dua tangan. Iman cepat belajar. Kejap je dah pandai main hinggakan taknak turun la pulak.
Ada 3 warna. Biru, kuning dan merah. Yang Iman try tadi warna merah. Mama cakap semua kenderaan Iman warna merah kuning. Kereta merah kuning, bajak merah kuning. Pastu Ayah pilih warna kuning. Sama dengan FZ6R Ayah!
Iman mengantuk sebenarnya. Masa nak balik tu, motornya sedang dipasang. Lagipun kereta penuh dengan barang2 lain. Tak muat nak masuk motor Iman. Apa lagi, mengamuk sakan la dia sebab tinggalkan motornya.
Dah hantar barang ke rumah, kami pergi semula ke kedai tersebut nak ambik motor Iman. Rumah dekat je dengan kedai tu. Seronok la Iman bila nampak motornya tu. Sampai rumah terus main. Dah la helmet warna kuning, motor pun kuning. Memang sepadan...
inilah dia motor Iman
Oleh kerana rumah kami agak sempit, petang tu kami ke rumah Tok Abah bawa motor Iman. Hall rumah Tok Abah luas. Seronok la Iman main pusing2 kat situ. Kata Tok Mama, nanti senang la masa Mama berpantang nanti sebab Iman ada motornya tu.
aksi Iman di atas motornya
Hari lahir Iman dah dekat. Ini kira hadiah hari lahir Iman lah ni. Seronok bila melihat anak gembira....
4 comments:
bestnya iman ada motor sendiri dah....boleh bawa mama jalan2...hehehhe
New Entry: Start your day with
itu la pasal.. boleh la bawa mama ronda2 taman.. hehe..
waahhh auntie nak pinjammm:)
wah, comel je. siap parking dalam rumah lg bike nye tu :p
Post a Comment